
OBJEKTIF:
Kempen dana ini diadakan bertujuan untuk memberikan sumbangan kepada asnaf muallaf di Wilayah Ratanakiri, Kemboja.
.
TENTANG PENERIMA MANAFAAT:
Di Wilayah Ratanakiri, Kemboja ini, terdapat lebih 10 buah perkampungan orang asli yang telah dijalankan kegiatan dakwah Islam sejak tahun 2009.
Rekod terkini pada bulan Disember 2024, terdapat 132 orang muslim daripada 78 buah keluarga di Kampung Somtrok ini. Mereka yang terdiri dari suku kaum Cham Cherai ini amat sedikit fasih berbahasa Khmer. Mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dalam komunikasi harian.
Menurut Ustaz Ahmath yang menjadi wakil penerima manafaat di sana untuk MISI7, pendedahan tentang fardhu ain kepada masyarakat muslim di kampung beliau masih terlalu sedikit.
Penerima manfaat sumbangan ini terdiri dari kalangan orang dewasa yang berusia diantara 18-70 tahun.
MISI7 mula memberi tumpuan bantuan di Kampung Somtrok iaitu salah sebuah kampung di sana sejak tahun 2018. Kami melakukan kunjungan secara berkala setiap tahun ke sana dan terhenti untuk beberapa tahun ketika wabak COVID-19 melanda dunia.
Hasil sumbangan orang ramai dan beberapa badan korporat, kami telah melaksanakan Kelas Bimbingan Muallaf pada setiap hari Sabtu dan Ahad sejak tahun 2021. Ianya dikendalikan oleh Ustaz Ahmath. Menerusi kelas bimbingan ini, penerima manfaat diberikan pendedahan pengetahuan fardhu ain dan bacaan Iqra serta Al-Quran.
Kami juga menerima Laporan Kelas Bimbingan Muallaf Kemboja setiap minggu daripada Ustaz Ahmath.
.
BUTIRAN DANA.
Tempat tinggal yang jauh dari bandar iaitu kira-kira 9 jam perjalanan dari Phnom Penh, menyukarkan penerima manfaat dana ini untuk mendapatkan bekalan pakaian yang sesuai untuk muslimah, terutamanya pakaian solat.
Faktor kekangan kewangan mereka juga adalah menjadi sebab utama untuk kita saling bekerjasama membantu memenuhi keperluan mereka untuk menutup aurat.
Berikut adalah perincian untuk dana sumbangan ini:

Set Keperluan Solat akan dibeli dari Malaysia manakala beras akan dibeli di sana.
Serahan sumbangan ini akan diserahkan sendiri oleh kami pada 7 & 8 Jun 2025 akan datang menerusi program Kembara Amal Sukarelawan #MISI7QurbanInCambodia25.
Sekiranya terdapat baki dari dana ini, ianya akan disalurkan ke Dana Bimbingan Muallaf Kemboja.
Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi: ‘KEMBOJA25’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira.
Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.
Pada halaman berikutnya dikongsikan laporan bergambar dari program yang lalu.

.

.

.

