BAIK PULIH MASJID CEBU.

Pada Oktober yang lalu, wilayah Cebu, Filipina telah digegarkan oleh satu gempa bumi kuat yang mengakibatkan kemusnahan pada beberapa kawasan penempatan serta premis ibadah. Antara yang paling terkesan ialah Masjid Cebu Madinah yang terletak di daerah San Remigio, sebuah kawasan yang menjadi tumpuan masyarakat minoriti Muslim di Kepulauan Cebu.

TUJUAN DANA:
Mengumpul dana untuk baik pulih  bahagian masjid yang teruk rosak akibat gempa bumi ini. Masjid ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah utama, bahkan berfungsi sebagai pusat komuniti dan penyebaran dakwah Islam di kawasan tersebut. Melalui menara masjid ini, siaran radio dakwah Islam turut dipancarkan ke kampung-kampung sekitar bagi memberi kefahaman dan bimbingan kepada saudara baharu Islam di kepulauan itu.

Namun, gegaran gempa telah menyebabkan menara masjid condong dan rosak teruk, tingkap pecah, serta kekuda bumbung bengkok. Keadaan ini bukan sekadar mengundang bahaya kepada jemaah, malah menghalang fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan seruan Islam.

TUJUAN DANA:
Berdasarkan penilaian oleh ketua komuniti setempat di sana, berikut merupakan anggaran keperluan dana yang perlu dikumpul bagi membaik pulih dan membina semula masjid tersebut:

TENTANG PENERIMA MANAFAAT:
Kedudukan lokasi masjid ini dari Bandar Cebu mengambil masa kira-kira 3 jam. Komuniti Muslim di kepulauan Cebu ini dianggarkan lebih kurang seramai 2000, merujuk maklumat yang diperolehi dari pengurus komuniti ini.

Bilangan asnaf yang tinggal dalam komuniti ini adalah kira-kira 200 orang. Mereka ini terdiri dari asnaf fakir, muallaf dan yatim. Ada dari kalangan asnaf ini yang lelaki menumpang tinggal di masjid dan manakala perempuan pula ada sebuah rumah disediakan. Selain daripada mereka yang tinggal dalam komuniti ini, terdapat ramai juga muslim yang tinggal dikampung-kampung berdekatan.

Kebanyakkan penduduk disini bergantung kepada hasil laut sebagai nelayan, pemandu tuk-tuk serta berniaga di Bogo City. Tahap kehidupan mereka berada diaras kemiskinan sederhana. Namun begitu dari segi pegangan akidah dan ilmu agama mereka masih tersangat memerlukan bimbingan.

Pertubuhan Sukarelawan MISI7 telah mula menyalurkan bantuan secara berkala kepada komuniti ini bermula sejak tahun 2018.

PROGRESS:
KEMASKINI JANUARI 2026.
Setelah 2 bulan pengumpulan dana dilaksanakan kami hanya mampu mengumpul sebanyak RM3, 016.00 dan sebanyak RM3,460.21 telah dihantar kepada wakil pelaksana bagi mencukupkan kos 50,000.00 Peso untuk melakukan baik pulih segera bahagian yang penting terlebih dahulu.

Bahagian yang dibaik pulih ialah memasang kabel keluli untuk menahan menara masjid yang condong dari risiko roboh dan membahayakan nyawa penduduk sekitar. Tindakan ini perlu dilakukan segera bagi memastikan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Pelan baik pulih untuk merobohkan menara tersebut untuk dibina baru terpaksa ditunda buat masa ini memandangkan kutipan dana yang amat berkurangan. Berikut dikongsikan gambar sebelum dan selepas keadaan menara masjid ini.

Kami membuka kembali kempen dana ini dan kami sendiri akan ke sana untuk membawa jumlah dan yang terkumpul pada 29 April akan datang untuk meninjau serta membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi kerja-kerja baik pulih seterusnya.

Memandangkan kerja-kerja baik pulih masjid ini masih jauh untuk disiapkan, kami di Pertubuhan Sukarelawan MISI7 mengambil tanggungjawab untuk meneruskan kempen pengumpulan dana untuk baik pulih yang seterusnya.

Wakil pelaksana kami di sana, En Abu Bakr (Donald Arabis) melaporkan:
“Kami telah berjaya menstabilkan menara (minaret) dengan menggunakan paip penahan dan kabel keluli yang sebelum ini telah runtuh. Langkah seterusnya adalah untuk merobohkan bahagian atas menara yang sudah mereput dan rapuh. Insya-Allah, selepas ini tiada lagi risiko, supaya kami dapat memulakan kerja perobohan tersebut dan Insya-Allah kami juga dapat memperoleh dana bagi membayar gaji para pekerja.

Selepas perobohan bahagian atas selesai, kami akan mula mengerjakan bahagian bumbung yang turut rosak akibat taufan yang kuat. Namun, sebelum kerja pembaikan bumbung dijalankan, struktur kekuda (trusses) perlu diperkukuhkan terlebih dahulu kerana akibat gempa bumi yang kuat, kekuda tersebut telah bengkok, seperti yang dapat dilihat. Inilah sebabnya bumbung telah diterbangkan oleh taufan.

Insya-Allah, inilah kerosakan yang dialami oleh Masjid Cebu Madinah, akibat dua bencana alam, iaitu gempa bumi yang kuat dan taufan yang dahsyat yang telah melanda kami. Buat sementara waktu, masjid ini tidak digunakan demi keselamatan para jemaah solat Jumaat.

Insya-Allah, selepas semua kerja ini disiapkan, kami dapat kembali menggunakan masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat dan juga solat lima waktu.”

KEMASKINI MAC 2026.
Pada 25 Mac 2026, kerajaan Filipina telah mengisytiharkan Darurat Tenaga selama satu tahun di negara itu ekoran kesan peperangan yang berlaku di Asia Barat yang mana kesannya pada Filipina menjadi apabila berlaku krisis bahan api. Dengan krisis itu, ianya memberikan impak keseluruhan kepada harga barang, logistik dan sebagainya di negara itu.

Wakil penerima manfaat di sana juga tidak menggalakkan kehadiran kami ke sana ketika ini kerana keadaan semasa di sana mereka perlu memikirkan kelangsungan asas kehidupan mereka dengan pelbagai kekangan yang berlaku.

Kami terpaksa redha dengan keadaan semasa walaupun telah melakukan persiapan awal dengan pembelian tiket penerbangan untuk ke sana.

Namun begitu, pengumpulan dana ini tetap diteruskan dan kami akan kembali kepada perancangan asal untuk ke sana setelah keadaan kembali reda, in sha Allah.

PENUTUP:
Masjid ini adalah ‘Rumah Allah’ yang menjadi nadi kepada perjuangan dakwah minoriti Muslim di Kepulauan Cebu. Menara yang runtuh ini bukan sekadar lambang sebuah masjid dan sumber laungan azan untuk kawasan sekitarnya, malah menjadi menara pemancar untuk siaran radio bagi menyebarkan dakwah di kawasan minoriti muslim, San Remigio ini.

Kami di Pertubuhan Sukarelawan MISI7 menyeru para dermawan, pewakaf, dan sahabat perjuangan agar bersama membantu membina kembali Masjid Cebu Madinah melalui sumbangan wakaf tunai. Setiap sumbangan, walau sekecil mana, adalah saham akhirat untuk menghidupkan semula rumah Allah di bumi yang pernah bergetar itu.

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan amanah yang disalurkan untuk dana ini. Jazakumullah khairan khatira. Semoga Allah redha dan menerima amalan kita semua.

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:


Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘MASJID’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira.


Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang
bertugas: http://www.wasap.my/601129962129


NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.