PROGRAM SUKARELAWAN KELAS BIMBINGAN 3M.

OBJEKTIF PROGRAM:
Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran asas 3M dalam kalangan remaja menerusi pendekatan bimbingan berkala yang sistematik, mesra pelajar dan berteraskan semangat kesukarelawanan.

Selain itu, MISI7 juga dalam usaha dalam membentuk komuniti sukarelawan khas bagi program ini untuk jangka masa panjang.

TENTANG PROGRAM.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai program sukarelawan pendidikan bagi membantu remaja pelajar madrasah yang lemah dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Program ini bertujuan memberikan sokongan pembelajaran secara berkala agar para pelajar dapat meningkatkan kemahiran asas mereka serta membina keyakinan diri dalam proses pembelajaran.

Kami memerlukan seramai 10 orang sukarelawan yang dapat memberikan komitmen secara tetap atau bergilir-gilir untuk pelaksanaan KELAS 3M ini.

MAKLUMAT PROGRAM.
Lokasi: Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.
Tarikh: 9 Mei 2026 sehingga 26 Disember 2026.
Masa: 900pagi – 1200 tengahari.
Kekerapan: Setiap hari Sabtu minggu ke-2 & 4.
Makan & Minum: Sarapan disediakan.
Pengangkutan: Tidak disediakan.
Yuran: Tiada.

PENTING: Peserta wajib hadir sesi taklimat awal program pada 25 April 2026 jam 3:00 petang di Shah Alam, Selangor.

PERANAN SUKARELAWAN.
Sukarelawan akan membantu dalam:
i. Membimbing pelajar dalam latihan membaca.
ii. Membantu pelajar dalam latihan menulis.
iii. Mengajar asas pengiraan mudah.
iv. Membantu pelajar memahami latihan yang diberikan.
v. Memberikan sokongan motivasi kepada pelajar

Pendekatan yang digunakan adalah pembelajaran santai, interaktif dan secara kumpulan kecil. Modul disediakan.

IMPAK YANG DIHARAPKAN.
i. Meningkatkan kemahiran asas 3M dalam kalangan pelajar.
ii. Membina keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran.
iii. Mewujudkan sokongan komuniti terhadap pendidikan pelajar madrasah.

MANFAAT PENYERTAAN.
i. Menerima sijil penyertaan dan cenderahati MISI7 (kehadiran minima 3x)
ii. Berpeluang membimbing pelajar secara bersemuka dalam kumpulan kecil.
iii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
iv. Membentuk sikap sabar dan empati.
v. Melibatkan diri dalam program komuniti berimpak.
vi. Penambahan nilai diri dan portfolio.

SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI?
Program ini terbuka kepada:
1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Berminat dalam aktiviti kesukarelawanan dan pendidikan.
4. Sabar dan mempunyai minat membantu pelajar.
5. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa/siswi /guru / individu yang mempunyai pengalaman mengajar.

CARA PENYERTAAN.
Pendaftaran / pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129

.