
OBJEKTIF PROGRAM:
Terdapat dua objektif utama bagi program ini iaitu:
1. Memberikan pendedahan tugasan dan keadaan sebenar dilapangan khidmat kemanusiaan kepada sukarelawan.
2. Mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada penerima manafaat program ini.
TENTANG PROGRAM.
Kembara Amal Sukarelawan MISI7 adalah sebuah program yang memberikan pendedahan terus keadaan dilapangan kepada sukarelawan.
Kami membuka ruang untuk kolaborasi melaksanakan program ini dengan:
1. Kumpulan Persendirian
2. Institut Pengajian Tinggi
3. Syarikat Korporat.
Program yang berkonsepkan Voulunteer, Donate & Travel ini membawa sukarelawan menziarahi pusat muallaf / madrasah / komuniti muslim yang juga penerima manfaat Pertubuhan Sukarelawan MISI7 di Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina.
Menerusi program ini juga peserta akan diberikan perkongsian tentang proses untuk melaksanakan program atau bantuan kemanusiaan.
Penyertaan peserta hendaklah minima ialah 5 orang dan maksima ialah 20 orang sahaja. Klik DI SINI untuk membaca syarat penuh program ini.
Terdapat 3 manfaat utama yang seharusnya direbut oleh sukarelawan apabila menyertai program Kembara Amal Sukarelawan MISI7 ini iaitu:
1. Perkongsian ilmu berkaitan proses bantuan kemanusiaan.
2. Pendedahan gerak kerja sukarelawan secara terus dilapangan.
3. Mengenali budaya masyarakat tempatan.
Tarikh Program dipilih oleh Rakan Kolaborasi dan mencadangkannya kepada MISI7 sebanyak 2-3 tarikh untuk kami pilih mengikut kesesuaian jadual semasa.
Tentatif Program diatur oleh MISI7 sepenuhnya mengikut tarikh yang ditetapkan.
Aktiviti Peserta boleh dirangka sendiri oleh Rakan Kolaborasi dengan merujuk tentatif program dan melakukan perbincangan terlebih dahulu dengan MISI7 supaya ianya bersesuaian dengan penerima manfaat.
Peserta juga akan diberikan Taklimat Asas Sukarelawan secara berperingkat ketika sesi taklimat harian program dilakukan.
SENARAI NEGARA PENERIMA MANFAAT PROGRAM.
1. Malaysia (Terengganu, Sabah & Sarawak)
2. Indonesia (Lombok)
3. Thailand (Chiang Rai)
4. Laos (Vientiane & Luang Prabang)
5. Kemboja (Ratanakiri)
6. Filipina (Cebu)
7. Vietnam (Thanh Duong Hoi)
Untuk urusan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
REPUTASI PENGANJURAN.
Kami telah melaksanakan program ini lebih dari 50 edisi sejak tahun 2016. Program ini bermula dengan pelaksanaan yang santai dengan penglibatan sahabat-sahabat sukarelawan yang sememangnya adalah kenalan kami.
Namun begitu sedikit demi sedikit program ini disusun dengan teliti dan berhati-hati setelah menerima penyertaan dari sukarelawan baru yang banyak membantu kami menambah baik pelaksanaan program ini.
Sekiranya mahu merujuk laporan bertulis program sila klik DI SINI dan boleh layari saluran youtube rasmi pertubuhan untuk melihat video-video program yang lalu.
