
OBJEKTIF TAKLIMAT:
Membimbing dan melahirkan generasi sukarelawan yang prihatin, berkualiti dan berintegriti.
TENTANG PROGRAM.
Program ini adalah usaha pertubuhan ini untuk memberikan kesedaran, pendedahan dan bimbingan agar dapat dijadikan panduan kepada masyarakat untuk memberi impak yang lebih positif sebagai sukarelawan.
Menerusi taklimat ini, peserta akan diberi penerangan asas 3 komponen sebagai persediaan untuk melaksanakan sesuatu misi bantuan iaitu;
i. Persediaan Psikologi.
ii. Proses Penilaian.
iii. Pelaksanaan Misi.
PENDAFTARAN:
TARIKH: 27 Jun 2026
MASA: 900pagi – 1130pagi
YURAN PENDAFTARAN: RM50/peserta.
Peserta program akan menerima:
i. Modul taklimat.
ii. Sijil penyertaan.
iii. T-shirt sukarelawan MISI7.
iv. Cenderahati MISI7
TENTATIF PROGRAM:
0830: Pendaftaran peserta dan serahan modul.
0900: Kata-kata aluan oleh wakil pertubuhan.
0915: Taklimat Persediaan Psikologi & Sesi Soal Jawab.
0945: Taklimat Proses Penilaian & Sesi Soal Jawab.
1015: Rehat.
1030: Taklimat Pelaksanaan Misi, Pelan Tindakan Susulan & Sesi Soal Jawab.
1100: Selesai / Serahan sijil, cenderahati & t-shirt kepada peserta / Gambar berkumpulan.
1130: Program dijangka selesai.
KELAYAKAN PENYERTAAN.
Terbuka kepada individu yang berumur 15-45 tahun.
Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
REPUTASI PENGANJURAN.
Terdahulu, kami telah melaksanakan Taklimat Asas Sukarelawan ini dalam versi yang lebih terperinci sejak tahun 2018 iaitu menerusi Kursus Induksi Sukarelawan. Kursus ini dilaksanakan secara fizikal dan atas talian.
Beberapa Institusi Pengajian Tinggi juga pernah bekerjasama untuk memberikan kursus ini kepada pelajar mereka. Selain itu, kami juga telah menyampaikan Taklimat Asas Sukarelawan kepada peserta-peserta program Kembara Amal Sukarelawan yang dilaksanakan di negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja dan Filipina.
Berikut dikongsikan sebahagian gambar-gambar dan maklumbalas dari peserta program ini yang telah dilaksanakan:





