
PETUGAS BAHAGIAN PENDANAAN.
Skop Tugasan:
1. Membantu penyediaan data badan koporat.
2. Membantu penyediakan kertas kerja untuk kempen dana.
3. Membantu menguruskan permohonan dana/penajaan.
4. Membantu urusan dengan badan koporat.
5. Hadir pada sesi perbincangan yang diadakan 2 kali setiap bulan.
PETUGAS BAHAGIAN PROGRAM.
Skop Tugasan:
1. Membantu menguruskan secara berkumpulan pelaksanaan program seperti, Acara Amal, Jualan Amal, Program Dalam negara, Program Luar negara, Misi Bantuan Bencana/Kecemasan dan sebagainya.
2. Menghadiri setiap sesi perbincangan berkaitan acara/program.
3. Membantu berurusan dengan pihak pembekal, penaja, media dan sebagainya.
4. Membantu sebaran program menerusi platform media sosial.
5. Membantu mengendalikan tugasan sukarelawan pada hari program.
PETUGAS MEDIA SOSIAL.
Skop Tugasan:
1. Menyediakan kandungan semasa berkaitan isu kemanusiaan, kesukarelawan dan aktiviti MISI7.
2. Menghasilkan copywriting yang jelas, menarik dan selari dengan mesej serta nilai MISI7.
3. Menjadual dan memastikan konsistensi hantaran di platform Instagram dan Facebook (minimum 5 kali seminggu).
4. Memastikan kandungan yang dihasilkan relevan, berfakta dan sesuai dengan sensitiviti isu semasa.
5. Bekerjasama dengan pasukan dalaman bagi mendapatkan bahan, maklumat dan visual yang diperlukan.
6. Memberi cadangan idea kandungan kreatif bagi meningkatkan capaian dan kesedaran awam.
PETUGAS PENGIKLANAN DIGITAL.
Skop Tugasan:
1. Rancang strategi iklan mengikut kempen & sasaran.
2. Urus & optimasi iklan berbayar (Facebook, Instagram dan Tiktok) yang berimpak.
3. Pantau prestasi iklan & buat laporan ringkas.
4. Cadangkan penambahbaikan bajet dan strategi iklan.
5. Menghadiri setiap sesi perbincangan bahagian.
**Kandungan & poster disediakan oleh bahagian media.
ANDA LAYAK MEMOHON SEKIRANYA:
1. Lelaki / wanita berumur diantara 22-38 tahun.
2. Warganegara Malaysia.
3. Tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.
4. Tidak terikat dengan mana-mana pengurusan badan bukan kerajaan (NGO).
5. Boleh menghadiri Mesyuarat Agung yang diadakan 1 kali setiap tahun.
6. Boleh menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang diadakan 4 kali setiap tahun.
7. Boleh menghadiri sesi perbincangan tugasan satu kali setiap bulan.
8. Boleh memberi maklum balas segera pada setiap memo / pertanyaan / email / telegram.
9. Tiada pengalaman dan bersedia untuk menerima tunjuk ajar.
10. Pemohon yang memiliki pengalaman sangat dialu-alukan.
11. Boleh berkerjasama secara berpasukan.
12. Seorang yang amanah.
13. Tidak merokok.
MANAFAAT SEBAGAI PETUGAS KEMANUSIAAN MISI7:
1. Mendapat pengecualian bayaran yuran untuk menyertai program luar negara secara percuma selepas 6 bulan pertama berkhidmat bersama MISI7.
2. Layak menerima elaun/komisyen berdasarkan kerja yang dibuat. Nilai elaun/komisyen akan dibincangkan ketika temuduga diadakan.
3. Diberi t-shirt & cenderahati MISI7 percuma.
4. In sha Allah, saham akhirat dari kerja-kerja yang diusahakan bersama.
LAIN-LAIN PERKARA:
1. Pertubuhan ini TIDAK menyediakan GAJI kepada semua AJK dan Petugas.
2. Menjadi ajk pertubuhan ini tidak perlu bertugas di pejabat. Boleh lakukan tugasan di mana sahaja.
3. AJK tidak terikat sepenuh masa dengan pertubuhan. Jadi sesuai untuk mereka yang sedang belajar/berkerja.
Sekiranya anda berminat untuk bersama-sama kami menguruskan pertubuhan ini, sila emailkan RESUME & SURAT PERMOHONAN, nyatakan jawatan yang dipohon dan emailkan ke: sukarelawan.misi7@gmail.com
Hanya calon yang dipilih sahaja akan dihubungi menerusi email untuk urusan temuduga.
