KERJASAMA RAKAN IMPAK SOSIAL.

MENJADIKAN ACARA LEBIH BERMAKNA MELALUI IMPAK SOSIAL.
Rakan Impak Sosial ialah inisiatif kerjasama antara Pertubuhan Sukarelawan MISI7 dan penganjur acara bagi mewujudkan elemen kesukarelawanan, kesedaran komuniti dan peluang menyumbang dalam sesuatu program atau event.

Melalui kerjasama ini, acara bukan sahaja menjadi platform penyertaan dan promosi, malah turut memberi ruang kepada peserta untuk mengenali isu masyarakat, menyertai komuniti sukarelawan dan menyokong pelbagai projek yang memberi manfaat kepada komuniti.

APA YANG MISI7 SEDIAKAN?.
Pengurusan Sukarelawan
MISI7 membantu menyediakan sokongan sukarelawan bagi pelbagai jenis acara melalui:
> Rekrut sukarelawan
> Taklimat dan penyelarasan tugasan
> Penyelarasan kehadiran
> Penyeliaan sukarelawan semasa acara

Aktiviti Impak Sosial
> Booth Rakan Impak Sosial
> Pendaftaran sukarelawan baru
> Aktiviti kesedaran komuniti
> Perkongsian program pendidikan, komuniti dan kemanusiaan


MANFAAT KEPADA PENGANJUR ACARA.
> Mendapat sokongan sukarelawan yang diselaraskan secara sistematik
> Menambah elemen CSR dan impak sosial dalam acara
> Memberi nilai tambah kepada peserta dan penajaan.
> Meningkatkan reputasi acara melalui penglibatan komuniti

MANFAAT KEPADA PENAJA ACARA.
> Mengukuhkan komitmen CSR
> Pendedahan jenama yang lebih positif
> Peluang penglibatan kakitangan dalam aktiviti komuniti
> Laporan impak sosial sebagai nilai tambah penajaan

MANFAAT KEPADA PESERTA ACARA.
> Mengenali peluang kesukarelawanan
> Menyertai komuniti sukarelawan MISI7
> Menyumbang kepada projek yang memberi manfaat kepada masyarakat
> Membina jaringan dan pengalaman baru

JENIS ACARA YANG SESUAI.
> Marathon Fun Run
> Trail Run Cycling
> Event Family Day
> Festival Komuniti
> Karnival Belia
> Ekspo Pendidikan
> Karnival Kerjaya
> Program CSR Korporat
> Program Komuniti
> Acara Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
> Karnival Kesihatan
> Karnival Usahawan dan sebagainya.

KAPASITI SOKONGAN SUKARELAWAN.
MISI7 boleh membantu menyediakan antara 10 hingga 100 orang sukarelawan bagi setiap acara, tertakluk kepada lokasi, tarikh, tempoh program dan ketersediaan sukarelawan.

JOM CIPTA IMPAK BERSAMA.
Setiap acara mempunyai potensi untuk mencipta perubahan yang lebih besar kepada masyarakat. Melalui Rakan Impak Sosial, MISI7 membantu menghubungkan penganjur, peserta, sukarelawan dan komuniti dalam satu ekosistem yang memberi manfaat kepada semua pihak

Berminat untuk bekerjasama sebagai Rakan Impak Sosial?

HUBUNGI KAMI:
Untuk perbincangan lanjut mengenai bentuk kerjasama yang sesuai dengan acara anda, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129