IMPAK BERSAMA MISI7.

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Menyediakan platform rasmi bagi individu yang mempunyai idea projek sukarelawan atau kemanusiaan.

2. Menggalakkan masyarakat umum menyertai usaha kemanusiaan secara terancang dan berimpak.

TENTANG PROGRAM.

Program ini adalah sebuah inisiatif terbuka oleh Pertubuhan Sukarelawan MISI7 yang memberi peluang kepada individu dan komuniti untuk mencetus idea projek kemanusiaan atau kesukarelawanan, seterusnya direalisasikan bersama platform rasmi MISI7.

Program ini diwujudkan untuk menghubungkan idea-idea segar dengan pengalaman dan rangka pelaksanaan NGO agar setiap ilham yang baik tidak terhenti sekadar di atas kertas, tetapi menjadi gerakan sebenar yang membawa impak kepada masyarakat.

Menerusi program ini, peserta akan bekerjasama sepenuhnya dengan MISI7 sepanjang pelaksanaan program. Progam ini memerlukan komitmen peserta menghadiri perjumpaan secara fizikal pada hujung minggu sekurang-kurangnya satu kali pada setiap bulan bagi sepanjang proses persiapan program.

KELAYAKAN PENYERTAAN.
Program ini terbuka kepada:
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur dari 21-49 tahun.
3. Individu
4. Berkumpulan. (maksima 3 orang)
5. Boleh menghadiri perjumpaan secara fizikal.

FOKUS PROJEK.
1. Bantuan kemanusiaan & kebajikan
2. Dakwah & kesedaran sosial
3. Pendidikan & pembangunan asnaf.
4. Alam sekitar & kelestarian.
5. Keterlibatan belia & komuniti setempat.
**Setiap projek akan dibimbing oleh seorang AJK Penyelaras Program MISI7.

KOS DAN PEMBIAYAAN PROJEK.
1. Nilai kos setiap projek yang diusulkan adalah diantara RM3,000-RM10,000 sahaja.

2. Peserta akan terlibat dalam keseluruhan projek untuk kerja-kerja perancangan, pendanaan dan pelaksanaan.

3. Peserta hanya perlu mebiayai kos pengangkutan sendiri sahaja bagi sepanjang program ini diadakan.

4. Kos-kos seperti penyediaan tempat, makan minum, tenaga sukarelawan dan bahan pemasaran dibiayai sepenuhnya oleh MISI7.

CARA PENYERTAAN.
1. Sediakan proposal ringkas mengandungi objektif, kumpulan sasaran, dan bentuk aktiviti. Proposal hendaklah disediakan mengikut format yang telah disediakan. Klik DI SINI untuk muat turun borang proposal.

2. Hantar proposal ke alamat email ini: info.misi7@gmail.com

3. Proposal akan dinilai oleh panel MISI7, dan projek yang terpilih akan dibimbing serta dilaksanakan bersama di bawah nama Program Impak Bersama MISI7.

4. Status proposal sama ada ianya akan diteruskan ke peringkat selanjutnya atau tidak akan dimaklumkan menerusi email dalam masa 15-20 hari dari tarikh proposal dihantar.

​Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129