PROGRAM SUKARELAWAN BAIK PULIH SURAU.

Peluang Terhad Untuk Terlibat Secara Langsung Dalam Projek Kemanusiaan Berimpak.

TENTANG PROGRAM.
MISI7 membuka penyertaan kepada individu yang komited untuk menyertai Program Sukarelawan Baik Pulih Surau Awam Longbeach yang terletak di Pulau Perhentian, Terengganu. Ini bukan sekadar program sukarelawan biasa kerana peserta akan terlibat secara langsung dalam proses sebenar projek bermula dari penilaian sehingga pelaksanaan baik pulih di lokasi.

KOMITMEN PENYERTAAN.
1. Tempoh penglibatan: 7 November 2026 sehingga 12 April 2027.

2. Penglibatan pada hujung minggu sahaja.

3. Kehadiran sesi perbincangan: 1 kali sebulan.

KRITERIA PENYERTAAN.
1. Berumur 21 hingga 39 tahun.

2. Warganegara Malaysia.

3. Lelaki dan perempuan sahaja.

4. Tiada masalah kesihatan yang kritikal.

5. Mempunyai kenderaan sendiri.

6. Tinggal di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

PERANAN SUKARELAWAN.
Peserta akan terlibat dalam beberapa fasa utama:

1. Proses pengumpulan dana (November 2026 sehingga Feb 2027). Klik DI SINI untuk butiran keperluan dana.

2. Membuat penilaian akhir untuk baik pulih di Pulau Perhentian. (Mac 2027)

3. Penyediaan anggaran kos dan pembelian/tempahan barang.

4. Pelaksanaan sebahagian kerja baik pulih di lokasi. (April 2027)

Penglibatan terbuka kepada peserta yang berpengalaman dan tidak berpengalaman. Semua proses akan dibimbing oleh AJK penyelaras MISI7 bagi memastikan pelaksanaan yang tersusun dan berkesan.

MAKLUMAT PENTING PENYERTAAN.
1. Tiada bayaran dikenakan untuk penyertaan program ini.

2. Penyertaan terhad kepada 6 orang peserta sahaja.

3. Tarikh tutup permohonan: 24 Oktober 2026.

4. Peserta WAJIB hadir sesi taklimat pada 7 November 2026 di Shah Alam, Selangor.

5. MISI7 tidak menyediakan sebarang peruntukan perbelanjaan pengangkutan dan makan minum kepada peserta sepanjang perjumpaan di Selangor.

6. MISI7 akan membiayai perbelanjaan pengangkutan, penginapan dan makan minum kepada peserta sepanjang tugasan ke Pulau Perhentian, Terengganu.

MANFAAT PENYERTAAN.
Selain sijil penyertaan, sukarelawan akan memperoleh:
1. Pengalaman sebenar pengurusan projek kemanusiaan di lapangan.

2. Pendedahan kepada proses penilaian dan pelaksanaan baik pulih.

3. Kemahiran asas dalam perancangan kos dan penyelarasan projek.

4. Penglibatan dalam aktiviti pengumpulan dana secara praktikal.

5. Pengalaman bekerja dalam pasukan sukarelawan berstruktur.

6. Jaringan bersama individu yang mempunyai minat dalam bidang kemanusiaan.

7. Penambahan nilai diri dan portfolio.

CARA PENYERTAAN.
Pendaftaran / pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129

.