KERJASAMA: TAKLIMAT ASAS SUKARELAWAN.

OBJEKTIF TAKLIMAT:
Membimbing dan melahirkan generasi sukarelawan yang prihatin, berkualiti dan berintegriti.

TENTANG PROGRAM.

Program ini adalah usaha pertubuhan ini untuk memberikan kesedaran, pendedahan dan bimbingan agar dapat dijadikan panduan kepada masyarakat untuk memberi impak yang lebih positif sebagai sukarelawan.

Kami membuka peluang kepada pihak sekolah, IPT dan Badan Korporat untuk bekerjasama untuk kami hadir memberikan taklimat ini di tempat anda bagi pembentukan generasi sukarelawan berintegriti.

Menerusi taklimat ini, peserta akan diberi penerangan asas 3 komponen sebagai persediaan untuk melaksanakan sesuatu misi bantuan iaitu;
i. Persediaan Psikologi.
ii. Proses Penilaian.
iii. Pelaksanaan Misi.

TENTATIF PROGRAM:
0830:   Pendaftaran peserta dan serahan modul.
0900:  Kata-kata aluan oleh wakil pertubuhan.
0915:   Taklimat  Persediaan Psikologi & Sesi Soal Jawab.
0945:  Taklimat Proses Penilaian & Sesi Soal Jawab.
1015:  Rehat.
1030:   Taklimat Pelaksanaan Misi, Pelan Tindakan Susulan & Sesi Soal Jawab.
1100:   Selesai / Serahan sijil, cenderahati & t-shirt kepada peserta / Gambar berkumpulan.
1130:   Program dijangka selesai.

YURAN DAN PENDAFTARAN:
i. Terbuka kepada individu berumur 15-45 tahun.
ii. Jumlah penyertaan adalah 15-30 orang untuk satu sesi.
iii. Jumlah bayaran ialah RM50/peserta.
iv. Peserta akan menerima Sijil Penyertaan, Modul Taklimat, T-shirt Sukarelawan MISI7 dan Cenderahati MISI7.

Untuk pendaftaran atau pertanyaan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

REPUTASI PENGANJURAN.
Terdahulu, kami telah melaksanakan Taklimat Asas Sukarelawan ini dalam versi yang lebih terperinci sejak tahun 2018 iaitu menerusi Kursus Induksi Sukarelawan. Kursus ini dilaksanakan secara fizikal dan atas talian.

Beberapa Institusi Pengajian Tinggi juga pernah bekerjasama untuk memberikan kursus ini kepada pelajar mereka. Selain itu, kami juga telah menyampaikan Taklimat Asas Sukarelawan kepada peserta-peserta program Kembara Amal Sukarelawan yang dilaksanakan di negara Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja dan Filipina.

Berikut dikongsikan sebahagian gambar-gambar dan maklumbalas dari peserta program ini yang telah dilaksanakan: