PERTUBUHAN SUKARELAWAN MISI7.
Nombor Pendaftaran ROS:
PPM-003-10-20022016
Diasaskan: 16 Januari 2015
Ditubuhkan : 20 Februari 2016
PENGENALAN.
MISI7 adalah pertubuhan sukarelawan yang berdaftar menerusi Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Registration of Society-ROS).
Sejak tahun 2015, pertubuhan ini meletakkan program-program bercirikan sokongan
pendidikan dikawasan luar tumpuan di dalam & luar negara sebagai keutamaan. Diantara negara penerima manfaat pertubuhan ini ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja dan Filipina. Namun begitu, MISI7 sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya berlaku kecemasan seperti bencana dan sebagainya.
Nama ‘MISI7’ ini adalah sebuah simbolik kepada sebuah pertemuan yang menyatukan sukarelawan dalam khidmat bantuan kemanusiaan. Pada 16 Januari 2015, ketika bencana banjir besar berlaku di Kelantan, sebuah badan NGO telah melancarkan sebanyak 14 misi bantuan banjir di sana. Sekelompok sukarelawan daripada misi ke-7 bantuan banjir tersebut mengekalkan kumpulan ini dan terus melakukan aktiviti-aktiviti kemanusiaan.
“Unite for Humanity” menjadi tagline rasmi MISI7 kerana latar belakang setiap sukarelawan adalah berbeza. Namun kami bersatu pada satu matlamat dan tujuan iaitu menyumbang kepada khidmat kemanusiaan.
OBJEKTIF.
Objektif penubuhan pertubuhan ini adalah untuk membawa impak positif dilapangan
kemanusiaan menerusi gerak kerja sukarelawan yang berkualiti.
VISI.
Memperkasakan khidmat sukarelawan dilapangan kemanusiaan.
MISI.
1. Membina kumpulan sukarelawan yang berkualiti dan kemahiran untuk berkhidmat dilapangan kemanusiaan.
2. Melaksanakan program kesukarelawanan bercirikan pendidikan dan kebajikan untuk masyarakat.
3. Memberikan impak positif kepada masyarakat terutamanya penerima manfaat.
CARTA ORGANISASI TERKINI.

TENTANG AHLI JAWATANKUASA.
Perlantikan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun menerusi Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan. Tiada peruntukan gaji untuk khidmat semua AJK pertubuhan ini kecuali elaun tugasan diberikan berdasarkan tugasan yang dilakukan.
BIDANG TUMPUAN PROGRAM.
PEMBANGUNAN SUKARELAWAN.
MISI7 bukan sekadar organisasi yang menghantar bantuan, tetapi membina jiwa dengan melaksanakan program-program seperti:
i. Latihan asas sukarelawan, taklimat, bengkel dan modul kesukarelawanan.
ii. Latihan lapangan dalam misi sebenar di dalam dan luar negara.
iii. Pembinaan karakter yang berintegriti ihsan, empati dan pengurusan perhubungan komuniti.
Ia membentuk barisan sukarelawan yang matang, bersedia dan berakauntabiliti
tinggi.
PENDIDIKAN ASNAF.
Pendidikan Asnaf merupakan salah mandat utama MISI7 dalam membina transformasi jangka panjang untuk muallaf di luar negara dan keluarga berpendapatan rendah, di Malaysia.
Fokus ini merangkumi usaha yang praktikal, berstrategi dan bersifat memartabatkan
martabat golongan asnaf melalui akses ilmu yang berkualiti.
INFRASTRUKTUR ASAS DAN EKONOMI KOMUNITI.
MISI7 menumpukan usaha pada projek yang meningkatkan kualiti hidup komuniti rentan, seperti:
Projek Wakaf Tangki Air Sabah.
Projek Baik Pulih Masjid di Cebu, Filipina.
Projek Baik Pulih Rumah Asnaf di Sabah.
Pembinaan Saluran Air di Islamic Center Ban Pangsa, Chiang Rai, Thailand.
Projek Baik Pulih Surau di Terengganu & Selangor.
Projek Ternakan Kambing Komuniti Muallaf di Laos.
Projek Ternakan Kambing Pesantren di Aceh, Indonesia.
Ia menjadi platform solusi jangka panjang, bukan sekadar bantuan jangka pendek.
KEMANUSIAAN & KRISIS BENCANA.
MISI7 memberi tumpuan kepada gerak kerja pantas, terancang dan berimpak tinggi dalam situasi kecemasan. Ini merangkumi:
i. Bantuan segera kepada mangsa bencana alam, banjir amnya untuk di Malaysia.
ii. Penyaluran bantuan makanan, perubatan asas dan sokongan pascabencana.
iii. Kerjasama dengan komuniti tempatan, masjid dan organisasi lapangan bagi memastikan bantuan tiba tepat kepada penerima.
Fokus ini membuktikan MISI7 sebagai entiti responsif yang bersedia
digerakkan pada bila-bila masa.
…..
PEMILIHAN PENERIMA MANAFAAT.
Setiap penerima manafaat akan dipilih menerusi proses penilaian. Begitu juga dengan bentuk bantuan yang disalurkan adalah berdasarkan dari laporan penilaian yang dilakukan.
Kami melakukan penilaian penerima manafaat dari masa ke semasa setiap kali kunjungan dilakukan. Para sukarelawan juga diberi latihan dan pendedahan untuk melakukan penilaian ini ketika program.
…
PENGURUSAN KEAWANGAN.
MISI7 menjalankan audit kewangan tahunan melalui pemeriksaan menyeluruh oleh syarikat juruaudit bertauliah. Setiap rekod dan transaksi diteliti bagi memastikan pematuhan penuh terhadap standard tadbir urus, ketelusan dan integriti.
Penyata kewangan serta laporan audit turut dihantar kepada ROS setiap tahun untuk proses semakan dan pengesahan rasmi. Langkah ini menegaskan komitmen MISI7 terhadap pengurusan amanah yang disiplin, telus dan bertanggungjawab.
