KERJASAMA PROGRAM LITERASI KOMUNITI.

TAWARAN KERJASAMA KELAS 3M.
Program Literasi Komuniti dan Pembangunan Sukarelawan (KELAS BIMBINGAN 3M) merupakan inisiatif pendidikan komuniti yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan pelajar madrasah dan murid sekolah rendah yang memerlukan sokongan tambahan.

Program ini dilaksanakan melalui pendekatan pembelajaran kumpulan yang kecil ianya membolehkan murid menerima perhatian yang lebih berfokus daripada sukarelawan.

Selain membantu meningkatkan penguasaan kemahiran 3M, program ini turut menyediakan ruang kepada sukarelawan untuk menyumbang kepada pembangunan pendidikan komuniti secara terancang.

OBJEKTIF PROGRAM.
Program ini bertujuan untuk:
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca.
2. Meningkatkan kemahiran menulis.
3. Meningkatkan kemahiran asas mengira.
4. Meningkatkan keyakinan diri murid.
5. Menyediakan ruang pembelajaran tambahan yang berfokus.
6. Menggalakkan penglibatan komuniti.

MAKLUMAT PROGRAM.
Sasaran: Murid yang lemah dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Jumlah Murid: 20 orang.
Tempoh Pelaksanaan: 6 bulan
Kekerapan: 3 kali sebulan
Pelaksanaan: Hari Sabtu.
Kaedah: Bimbingan kumpulan kecil (5 murid : 2 sukarelawan pengajar)

KOMITMEN MISI7.
1. Menyediakan sukarelawan untuk menjalankan kelas bimbingan.

2. Melaksanakan diagnostik awal bagi mengenal pasti tahap murid.

3. Membahagikan murid kepada kumpulan kecil mengikut tahap.

4. Menyediakan bahan pembelajaran asas.

5. Menjalankan sesi bimbingan secara berkala sepanjang tempoh program.

6. Melaksanakan sesi penilaian akhir.

7. Menyediakan laporan akhir prestasi murid untuk rujukan rakan kerjasama.

8. Sarapan disediakan untuk murid dan sukarelawan berdasarkan dana yang ada.

KOMITMEN RAKAN KERJASAMA.
1. Menyediakan murid seramai 20 orang.

2. Memastikan kehadiran murid dengan alat tulis asas iaitu pensil, pemadam dan pembaris sahaja.

3. Pengangkutan murid, jika perlu diuruskan sendiri.

4. Ruang pembelajaran.

5. Bekalan sumber elektrik dan air.

KOS PROGRAM.
Program ini tidak melibatkan sebarang bayaran kepada Rakan Kerjasama.
Semua kos pelaksanaan termasuk bahan pembelajaran dan pengurusan program akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MISI7 melalui dana sumbangan awam/korporat.

MODUL PEMBELAJARAN.
Modul yang digunakan dalam program ini disusun oleh sukarelawan yang mempunyai latar belakang kerjaya sebagai guru sekolah. Pembangunan modul menjadikan modul serta piawaian pembelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan.

REPUTASI PENGENDALIAN.
Buat masa ini kami sedang melaksanakan kerjasama program ini di 2 lokasi iaitu:
1. SK Sikuati, Kudat, Sabah.
2. Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih, Sg Buloh, Selangor.

**klik pada gambar-gambar di bawah untuk Laporan Program.

PENYERTAAN & PERMOHONAN.
Pihak sekolah, komunit atau madrasah yang berminat untuk menjalin kerjasama boleh menghubungi pihak MISI7 untuk maklumat lanjut dan perbincangan pelaksanaan. Pemilihan lokasi adalah tertakluk kepada kesesuaian dan kapasiti pelaksanaan program.

Kami percaya bahawa penguasaan kemahiran asas 3M merupakan kunci kepada perkembangan pendidikan seseorang pelajar. Melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat dibantu untuk membina asas pembelajaran yang lebih kukuh serta mencapai potensi diri mereka dengan lebih baik.

HUBUNGI KAMI.
Hubungi kami untuk kerjasama / pertanyaan lanjut, menerusi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

.