KEMBARA AMAL SUKARELAWAN

TENTANG PROGRAM:

Kembara Amal Sukarelawan MISI7 adalah sebuah program yang memberikan pendedahan terus keadaan dilapangan kepada sukarelawan.

Program yang berkonsepkan VOLUNTEER, DONATE & TRAVEL ini membawa sukarelawan menziarahi pusat muallaf / madrasah / komuniti muslim yang juga penerima manfaat Pertubuhan Sukarelawan MISI7 di Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina. 

Menerusi program ini juga peserta akan diberikan perkongsian tentang proses untuk melaksanakan program atau bantuan kemanusiaan.

Terdapat 3 manfaat utama yang seharusnya direbut oleh sukarelawan apabila menyertai program Kembara Amal Sukarelawan MISI7 ini iaitu:
1. Perkongsian ilmu berkaitan proses bantuan kemanusiaan.
2. Pendedahan gerak kerja sukarelawan secara terus dilapangan.
3. Mengenali budaya masyarakat tempatan.

OBJEKTIF PROGRAM:

Terdapat dua objektif utama bagi program ini iaitu:
I. Memberikan pendedahan tugasan dan keadaan sebenar dilapangan khidmat kemanusiaan kepada sukarelawan.

II. Mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada penerima manafaat program ini.

TUGASAN SUKARELAWAN DALAM MISI INI:

Diantara tugasan yang akan diagihkan kepada peserta program ini ialah:

1. Penilaian penerima manafaat
2. Catatan perjalanan
3. Jurugambar
4. Rakaman video program
5. Mengikuti perbincangan harian.
6. Aktiviti bersama penerima manafaat.
7. Membeli barang sumbangan.
8. Agihan Sumbangan
9. Memberikan cadangan penambah-baikan program dan lanjutan bantuan seterusnya.


**Ini adalah kebiasaan tugasan yang akan dikongsikan bersama sukarelawan menerusi program ini. Namun begitu, agihan tugasan mungkin bertambah atau mungkin berkurangan. Ianya mengikut kesesuaian dan keadaan semasa dilapangan.

SENARAI NEGARA PENERIMA MANAFAAT PROGRAM:

1. Malaysia (Terengganu & Sabah)

2. Indonesia (Lombok)

3. Thailand (Chiang Rai)

4. Laos (Vientiane)

5. Kemboja (Ratanakiri)

6. Filipina (Cebu)

7. Vietnam (Thanh Duong Hoi)

​​

PENDAFTARAN SEDANG DIBUKA.

SILA KLIK POSTER DI BAWAH UNTUK KE PAUTAN BUTIRAN PROGRAM, BACA DENGAN TENANG DAN TELITI SEBELUM ANDA MEMBUAT PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN LEBIH LANJUT.

Sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

#MISI7INLOMBOK26

#MISI7INSABAH26

#MISI7INCHIANGRAI26