OBJEKTIF PROGRAM:
1. Membina semangat dan keyakinan pelajar melalui aktiviti yang membina potensi diri.
2. Memberi ruang sukarelawan mempraktikkan kemahiran memimpin dan membimbing.
3. Membina hubungan positif antara pelajar dan sukarelawan melalui aktiviti kolaboratif.
4. Mengaktifkan minda pelajar supaya lebih progresif dan berfikir ke hadapan.
5. Menanam nilai empati, akhlak dan tanggungjawab sosial kepada kedua-dua pihak.
TENTANG PROGRAM.
Tarikh: 24 Oktober 2026
Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Lokasi: Madrasah Darul Uloom Islamiyyah, Sibu, Sarawak.
Google map: https://maps.app.goo.gl/ZLoXzNeUmXuTrhfH7
Yuran Penyertaan: RM50.00 / peserta untuk kegunaan:
• Pembelian bahan aktiviti.
• Pembelian hadiah pelajar.
• Pengurusan program.
Setiap peserta menerima:
• Sijil Penyertaan
• Cenderahati rasmi MISI7
Terhad 12 PESERTA sahaja.
TENTATIF PROGRAM.
8.30 pagi: Ketibaan Peserta
9.00 pagi: Ucapan Penganjur & Wakil Madrasah.
9.20 pagi: Taklimat Tugasan.
9.30 pagi: Aktiviti bersama pelajar seperti:
Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu.
Susunan Cawan.
Cabaran Kertas Menara.
11.45 pagi: Serahan Hadiah, Cenderahati & Sesi Bergambar
12.00 tengah hari: Program Tamat
**Jenis aktiviti di atas adalah sebagai rujukan. Mungkin akan ada perubahan atas faktor semasa.
SYARAT & TERMA PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15-45 tahun. Bagi peserta yang berumur 15-18 tahun perlu diiringi oleh penjaga.
2. Tiada masalah kesihatan yang kritikal.
3. Tidak dibenarkan merokok ketika program.
4. Senang bergaul dan berkerjasama dalam sebuah pasukan.
5. Pandai membawa diri.
6. Sentiasa bersedia dengan perubahan/perkara yang tidak dijangka.
7. Wajib menutup aurat bagi muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim.
8. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya:
i. Tarikh program ditunda oleh pertubuhan.
ii. Peserta membatalkan penyertaan namun boleh digantikan dengan peserta lain SELEWATNYA 7 hari sebelum tarikh program.
iii. Peserta tidak hadir pada hari program.
9. Yuran akan dikembalikan sepenuhnya kepada peserta sekiranya MISI7 membatalkan program.
10. Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang hadir pada hari program sahaja.
11. MISI7 berhak menggunakan gambar/video dari program ini pada bila-bila masa untuk tujuan mempromosikan program atau yang berkait dengan pertubuhan ini tanpa memaklumkan/izin dari peserta yang ada dalam gambar/video tersebut. Peserta juga tiada hak untuk melarang penggunaan gambar/video tersebut.
12. MISI7 tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan diri kepada peserta ketika menyertai program ini. Peserta harus menjaga diri dari sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu, pengurusan MISI7 akan membantu untuk menghantar ke hospital sekiranya perlu.
13. MISI7 berhak untuk menunda tarikh program tanpa membincangkannya dengan peserta sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.
PENDAFTARAN / PERTANYAAN.
Pendaftaran & pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129

