
OBJEKTIF.
Kempen sumbangan dana ini dibuka bertujuan untuk membiayai sebahagian dari elaun pengajar dan petugas di Yayasan As-Siddiq yang terletak di Ban Maepao, Chiang Rai, Thailand.
TENTANG PENERIMA MANFAAT.
Latar belakang penerima manfaat adalah terdiri daripada pengajar dan petugas warga tempatan yang berkhidmat di Yayasan As-Siddiq.
Mereka mendidik anak orang bukit (orang asli) Thailand di bahagian utara negara tersebut yang terdiri dari suku kaum Akha, Leso, Mong dan Muse.
Kebanyakkan mereka diserahkan oleh ibu/bapa dan ahli keluarga terdekat untuk dibesarkan dalam didikan Islam. Usia pelajar diantara 4-17 tahun. Di sana, pelajar menerima pendidikan secara percuma.
Pada hari biasa mereka bersekolah di sekolah kerajaan yang berhampiran. Selebihnya mereka menerima pendidikan agama di sini.
KEPERLUAN DANA.
MISI7 mula membantu pelajar asnaf di Wilayah Chiang Rai, Thailand sejak tahun 2016. Namun begitu, bantuan yang disalurkan adalah secara berkala untuk keperluan tertentu sahaja.
Bermula tahun 2026 ini, kami berhasrat untuk memberikan fokus membantu secara bulanan di Yayasan As-Siddiq.
Buat masa ini, Yayasan As Siddiq menerima sumbangan tetap bulanan sebanyak 18,000 Thai Baht untuk dikongsikan 7 orang pengajar beserta petugas sebagai elaun mereka. Berikut adalah pecahan elaun yang sepatutnya diterima:

**petugas dobi: upah pelajar senior mencuci pakaian pelajar berusia 7-8 tahun.
Oleh kerana jumlah yang diterima tidak mencukupi dari amaun yang diperlukan, mudir yayasan, Ustaz Ausman terpaksa melakukan penggiliran pembayaran mengikut siapa yang lebih memerlukan setiap bulan. Ini bermakna setiap orang tidak mendapat bayaran penuh setiap bulan sejak dari awal perkhidmatan mereka di yayasan ini.
Menurut Ustaz Ausman, sejak dari awal mereka berkhidmat di yayasan, mereka telah sedia maklum akan keadaan ini. Keutamaan pengurusan kewangan di sini adalah untuk keperluan makan minum dan utiliti terlebih dahulu.
Sementara itu semua pengajar dan petugas disediakan tempat tinggal percuma. Makan dan minum di yayasan juga percuma.
Pengajar dan petugas juga diberikan kelonggaran diluar waktu bertugas untuk menoreh getah di kebun yang diwakafkan kepada yayasan untuk menampung keperluan hidup mereka. Ada juga yang berkhidmat membawa pelawat yayasan ke tempat-twmpat tarikan di sana.
Setinggi mana pun semangat bermujahadah mereka untuk memberikan didikan Islam kepada anak orang bukit di sini, mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi keperluan keluarga mereka sendiri.
Pada permulaan khidmat di yayasan ini kira-kira 8-9 tahun yang lalu, pengajar dan petugas di sini semuanya belum berumah tangga. Namun kini, semuanya telah berumahtangga. Ada banyak keperluan tanggungan yang wajib mereka penuhi dan sudah pastinya memerlukan asas pendapatan yang mencukupi.
Selain itu, Ustaz Ausman memaklumkan yang faktor usia serta kesihatan dia dan penyumbang tersebut turut membuat dia perlu memikirkan jalan bagi menstabilkan keperluan dana ini.
Beliau meminta pertolongan dan usaha MISI7 untuk menampung keperluan dana ini ketika lawatan kami di sana pada 26-29 Disember 2025 yang lalu.
PELAN PELAKSANAAN.
Kami di MISI7 mengambil keputusan untuk membuka kempen dana ini bagi membantu keperluan tersebut. Sasaran permulaan agihan ialah bulan Mac 2026.
Jumlah minima yang akan dihantar setiap bulan ialah 7,000tb, agar ianya dapat diagihkan sama rata.
Penghantaran akan dilakukan menerusi Ria Money Transfer.
Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN.
Bagi dana ini, tiada jumlah minima bagi sumbangan ingin disalurkan. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi: ‘CHIANG RAI’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah

Butiran lanjut / pertanyaan / resit sumbangan / hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada info.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain
