
TENTANG PROGRAM.
Rakan Kemanusiaan MISI7 adalah sebuah program kerjasama diantara pertubuhan dengan pemilik perniagaan di seluruh Malaysia.
Kerjasama ini dilaksanakan dengan peniaga hanya perlu mempamerkan bingkai poster Rakan Kemanusiaan MISI7 yang bersaiz 148mmX210mm (A5) pada bahagian strategik di premis perniagaan untuk membuka peluang para pelanggan berkongsi rezeki dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster tersebut.
Pemilik perniagaan yang mendaftar untuk program ini akan menerima poster beserta bingkai yang akan dipos tanpa sebarang bayaran.
SYARAT DAN KELAYAKAN PENYERTAAN.
Program ini terbuka kepada:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemilik perniagaan fizikal.
3. Menghantar gambar depan premis dan bahagian yang mempamerkan poster Rakan Kemanusiaan MISI7 kepada AJK yang bertugas untuk rekod.
KELEBIHAN PENYERTAAN.
1. Logo perniagaan disenaraikan pada ruangan RAKAN KERJASAMA di laman web ini.
2. Gambar depan premis dan bahagian yang mempamerkan poster akan dikongsikan di media sosial MISI7 sebagai pengumuman kerjasama.
3. Meningkatkan imej perniagaan sebagai rakan CSR & kemanusiaan.
4. Tiada kos, yuran atau komitmen kewangan.
5. Mudah dilaksana, tidak ganggu operasi harian.
6. Menambah kepercayaan & kesetiaan pelanggan.
7. Peluang eksposur jenama melalui rangkaian MISI7.
8. Menjadi saluran amal yang telus & diyakini.
9. Menyumbang kepada impak sosial sebenar secara kolektif
**Perkara 1 & 2 akan dilakukan hanya dengan keizinan pemilik perniagaan.
CARA PENYERTAAN.
Klik pautan ini https://forms.gle/dahm534Qj4pWCvCL7 untuk mengisi borang penyertaan.
Atau sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129 untuk pertanyaan lanjut.
