
OBJEKTIF PROGRAM:
Terdapat tiga objektif utama bagi program ini iaitu:
1. Mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada penerima manfaat.
2. Memberikan pendedahan kepada sukarelawan keadaan sebenar dilapangan.
3. Mengemaskini perkembangan penerima manafaat.
TENTANG PENERIMA MANAFAAT:
KOMUNITI MUSLIM PUNTA HAGNAYA, SAN REMIGIO, CEBU, FILIPINA.
Kedudukan lokasi program ini terletak dibahagian utara Kepulauan Cebu. Perjalanan ke San Remigio ini dari Bandar Cebu mengambil masa kira-kira 3 jam.
Kepulauan Cebu kini mempunyai komuniti Muslim yang semakin berkembang dengan anggaran melebihi 300,000 orang hasil daripada aktiviti dakwah dan penghijrahan peniaga. Di perbandaran San Remigio sendiri, penganut Islam merupakan kumpulan minoriti kecil dengan jumlah dianggarkan sekitar beberapa ratus orang (kurang daripada 1% daripada 67,850 jumlah penduduk), yang tertumpu di kawasan strategik seperti Barangay Punta dan Hagnaya.
Komuniti di sini sebahagian besarnya terdiri daripada peniaga dari Mindanao yang menetap di sekitar Pelabuhan Hagnaya untuk menjalankan perniagaan runcit, perikanan dan kedai makan. Kedudukan Hagnaya sebagai pintu masuk utama ke Pulau Bantayan menjadikan kawasan ini titik ekonomi penting bagi mereka. Walaupun hidup dalam persekitaran majoriti Kristian, mereka dapat mengamalkan ajaran agama dengan harmoni.
Penerima manfaat dana ini adalah 50 buah keluarga yang tinggal di sekitar Masjid Cebu Madinah, Punta Hagnaya, San Remigio. Mereka adalah terdiri dari asnaf muallaf dan fakir miskin yang tinggal dalam komuniti ini.
Sumber pendapatan kebanyakkan dari mereka bergantung kepada hasil laut sebagai nelayan, pemandu tuk-tuk serta berniaga di Bogo City. Tahap kehidupan mereka berada diaras kemiskinan sederhana. Namun begitu dari segi pegangan akidah dan ilmu agama mereka masih tersangat memerlukan bimbingan.
Kanak-kanak muslim di sini datang mempelajari ilmu agama yang diadakan setiap hari selepas solat Asar pada hari bersekolah dan 8 pagi sehingga selesai solat Isyak pada hari minggu di Masjid Cebu Madinah.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 telah mula menyalurkan bantuan secara berkala kepada komuniti ini bermula sejak tahun 2018.
KEPERLUAN SUMBANGAN DAN ANGGARAN KOS.
Keperluan sumbangan dari nombor 1-8 akan dibeli dan dibawa sendiri oleh kami bersama para sukarelawan dari Malaysia kerana di sana barangan tersebut sukar untuk diperolehi.
Berikut adalah senarai barangan dan anggaran kos yang diperlukannya;

NOTA:
1. In sha Allah, agihan sumbangan ini akan dilakukan pada 1 Mei 2026 menerusi Program Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InCebu26.
2. Sekiranya terdapat baki ianya akan ditambah untuk sumbangan wang tunai pengurusan Masjid Cebu Madinah.
3. Tarikh tutup bagi sumbangan ini ialah pada 17 April 2026 bagi dilakukan urusan pembelian barangan yang akan dibawa.
KEMASKINI MAC 2026.
Pada 25 Mac 2026, kerajaan Filipina telah mengisytiharkan Darurat Tenaga selama satu tahun di negara itu ekoran kesan peperangan yang berlaku di Asia Barat yang mana kesannya pada Filipina menjadi apabila berlaku krisis bahan api. Dengan krisis itu, ianya memberikan impak keseluruhan kepada harga barang, logistik dan sebagainya di negara itu.
Wakil penerima manfaat di sana juga tidak menggalakkan kehadiran kami ke sana ketika ini kerana keadaan semasa di sana mereka perlu memikirkan kelangsungan asas kehidupan mereka dengan pelbagai kekangan yang berlaku.
Kami terpaksa redha dengan keadaan semasa walaupun telah melakukan persiapan awal dengan pembelian tiket penerbangan untuk ke sana.
Namun begitu, pengumpulan dana ini tetap diteruskan dan kami akan kembali kepada perancangan asal untuk ke sana setelah keadaan kembali reda, in sha Allah.
KENAPA PERLU SALURKAN SUMBANGAN?
Bantuan kepada komuniti Muslim di Punta dan Hagnaya, San Remigio, amat kritikal kerana status mereka sebagai golongan minoriti yang terpencil di hujung utara Cebu. Berikut adalah huraian mengapa sokongan kepada mereka sangat diperlukan:
1. KETIADAAN INFRASTRUKTUR IBADAH YANG SEMPURNA.
Sebagai komuniti kecil, mereka kekurangan dana untuk membina masjid atau pusat komuniti yang tetap. Buat masa ini, mereka hanya bergantung kepada ruang solat (musolla) yang sempit di rumah atau kedai. Bantuan diperlukan untuk membina tempat ibadah yang lebih layak bagi menampung solat berjemaah, solat Jumaat, dan kelas mengaji untuk anak-anak bagi mengelakkan hakisan identiti agama.
2. KETERBATASAN PENDIDIKAN AGAMA (FARDU AIN)
Anak-anak Muslim di San Remigio membesar dalam sistem pendidikan arus perdana yang tidak menyediakan subjek agama Islam. Tanpa sokongan guru agama atau sekolah agama (Madrasah), generasi muda di sana berisiko kehilangan pengetahuan tentang asas-asas Islam. Bantuan dalam bentuk bahan bacaan, pakaian untuk beribadah, pakaian yang menutup aurat dan tenaga pengajar sangat diperlukan untuk kelestarian akidah mereka.
3. CABARAN SOSIO-EKONOMI
Kebanyakan ahli komuniti ini adalah peniaga kecil-kecilan di pelabuhan yang bergantung sepenuhnya kepada arus pelancongan dan perdagangan feri. Tahap ekonomi mereka sering kali tidak menentu. Bantuan dalam bentuk pembangunan kapasiti ekonomi atau bantuan modal perniagaan dapat membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan dan menjadi lebih mandiri.
4. AKSES KEPADA MAKANAN HALAL YANG TERHAD
Walaupun sumber laut banyak, ketiadaan pusat penyembelihan atau kedai daging halal yang khusus memaksa mereka bergantung kepada bekalan dari Cebu City yang jauh (sekitar 3-4 jam perjalanan). Sokongan untuk mewujudkan rantaian bekalan halal tempatan bukan sahaja membantu komuniti Muslim, tetapi juga memudahkan pelancong Muslim yang semakin ramai mengunjungi Cebu.
5. MEMPERKUKUH HUBUNGAN INTEGRASI (DAKWAH & HARMONI)
Bantuan yang diberikan dapat menjadi jambatan untuk memperkukuh hubungan antara penganut Islam dan Kristian di sana. Dengan adanya komuniti yang kuat dan teratur, mereka boleh memainkan peranan sebagai “duta Islam” yang menunjukkan akhlak yang baik, sekali gus mengurangkan stigma atau salah faham terhadap Islam di kawasan pedalaman Filipina.
Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘CEBU26’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.



.
PENUTUP.
Program Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InCebu26 bukan sekadar sebuah misi penghantaran bantuan material, malahan ia merupakan satu manifestasi solidariti dan ukhuwah merentasi sempadan negara. Keberadaan komuniti Muslim di Punta dan Hagnaya, San Remigio yang hidup sebagai minoriti terpencil memerlukan perhatian dan sokongan berterusan daripada kita semua. Melalui agihan sumbangan yang disasarkan kepada 50 keluarga asnaf muallaf dan fakir miskin di Masjid Cebu Madinah, dapat memberikan suntikan moral dan semangat buat mereka untuk terus teguh memelihara akidah di bumi utara Cebu.
Kami dengan rendah hati memohon pertimbangan dan jasa baik daripada para dermawan, syarikat korporat, dan individu yang prihatin untuk turut serta dalam misi murni ini. Segala sumbangan, sekecil mana pun nilainya, amatlah besar maknanya bagi anak-anak yang sedang menuntut ilmu di Masjid Cebu Madinah dan keluarga asnaf di sana.
Semoga usaha kecil ini diberkati Allah SWT, dipermudahkan segala urusan logistik para sukarelawan, dan menjadi asbab kepada pengukuhan syiar Islam yang harmoni di kepulauan Filipina. Marilah kita bersama-sama menjayakan misi ini demi kelestarian akidah dan kesejahteraan ummah.
