
PENGENALAN:
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 membuka Kempen Sumbangan Dana Wakaf Meja Mengaji bagi membantu menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa kepada pelajar TPQ Raudhatul Islah di Lombok, Indonesia.
Kempen ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang ketika ini mengikuti kelas pengajian Al-Quran dalam keadaan serba sederhana tanpa meja atau rehal. Kebanyakan pelajar hanya belajar sambil duduk di lantai dengan Al-Quran dan buku diletakkan di atas riba.
Melalui usaha ini, meja mengaji yang disumbangkan akan digunakan bagi membantu proses pembelajaran Al-Quran, penulisan dan latihan asas agama dalam suasana yang lebih tersusun dan selesa.
TENTANG PENERIMA MANFAAT:
TPQ Raudhatul Islah merupakan sebuah pusat pengajian Al-Quran yang terletak di Dusun Aik Are, Desa Ubung, Kecamatan Jonggat, Kabupaten Lombok Tengah, Indonesia.
Pusat pengajian ini mempunyai seramai 94 orang pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak berusia sekitar 7 hingga 15 tahun. Mereka datang belajar di madrasah ini pada jam 300 petang kerana pada sebelah paginya mereka akan ke sekolah kerajaan terlebih dahulu.
Pelajar mengikuti kelas pengajian asas Al-Quran, Iqra’, tulisan jawi dan pembelajaran agama secara berkala. Majoriti keluarga pelajar terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana dan tidak tetap seperti buruh harian, petani dan pekerja kecil.

KEPERLUAN:
Ketika ini, pelajar mengikuti sesi pembelajaran dalam keadaan duduk di lantai tanpa meja atau rehal. Al-Quran dan bahan pembelajaran hanya diletakkan di atas riba sepanjang kelas berlangsung.
Keadaan ini memberi beberapa cabaran kepada proses pembelajaran, antaranya:
> Kedudukan belajar yang kurang selesa.
> Pelajar mudah penat ketika membaca dan menulis.
> Risiko postur badan membongkok dalam tempoh lama.
> Kesukaran melakukan aktiviti menulis dan latihan pembelajaran.
> Tumpuan belajar menjadi kurang stabil.
Penggunaan meja mengaji dipilih kerana fungsinya lebih praktikal berbanding rehal biasa. Selain digunakan untuk membaca Al-Quran, meja ini juga membolehkan pelajar menulis, membuat latihan dan mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih selesa.

BUTIRAN SUMBANGAN:
Sasaran sumbangan: 50 unit meja mengaji
Anggaran kos: RM25 seunit
Jumlah Sasaran Dana: RM1,250
**Pembelian dilakukan di Lombok.
**anggaran kos telah termasuk dengan pengangkutan untuk penghantaran di sana.
SERAHAN SUMBANGAN:
Kesemua meja mengaji yang disumbangkan akan dibeli dan diserahkan sendiri oleh sukarelawan peserta Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InLombok26 pada 29 Ogos 2026 di Lombok, Indonesia.
Kemudahan pembelajaran yang baik memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak mengikuti proses pembelajaran Al-Quran dengan lebih selesa, tersusun dan berkesan.
Melalui Kempen Wakaf Meja Mengaji ini, setiap sumbangan yang diberikan akan membantu menyediakan ruang pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar TPQ Raudhatul Islah di Lombok, Indonesia.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 amat menghargai setiap bentuk sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan usaha ini. Semoga setiap manfaat yang digunakan oleh para pelajar menjadi amal jariah yang berpanjangan buat para penyumbang.
Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘LOMBOK26’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.
.
