Tag: wakaf

  • KEMPEN SUMBANGAN DANA WAKAF BAIK PULIH MUSOLAH AN-NUR.

    PENGENALAN:Program Wakaf Baik Pulih Musolah An-Nur merupakan sebuah inisiatif kemasyarakatan dan wakaf komuniti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Sukarelawan MISI7 bagi membantu membaik pulih kemudahan asas ibadah di Musolah An-Nur, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Selain itu, program ini juga menjadi medium latihan lapangan kepada sukarelawan dalam aspek pengurusan projek kemanusiaan dan pengurusan dana masyarakat. Program…

  • KEMPEN SUMBANGAN DANA ASNAF DI KUDAT, SABAH.

    PENGENALAN:Program Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InSabah26 dilaksanakan bagi menyantuni keluarga asnaf yang melibatkan anak-anak mereka yang bersekolah di SK Sikuati di Kudat, Sabah. Program ini merangkumi serahan sumbangan asas, wang tunai murid, lawatan rumah ke rumah serta pemantauan perkembangan penerima manfaat yang terlibat dalam Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7. Melalui usaha ini, bantuan yang disalurkan bukan…

  • KEMPEN SUMBANGAN DANA WAKAF MEJA MENGAJI.

    PENGENALAN:Pertubuhan Sukarelawan MISI7 membuka Kempen Sumbangan Dana Wakaf Meja Mengaji bagi membantu menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa kepada pelajar TPQ Raudhatul Islah di Lombok, Indonesia. Kempen ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang ketika ini mengikuti kelas pengajian Al-Quran dalam keadaan serba sederhana tanpa meja atau rehal. Kebanyakan pelajar hanya belajar sambil duduk di lantai…

  • KEMPEN SUMBANGAN DANA WAKAF TANGKI AIR DI KUDAT, SABAH.

    PENGENALAN PROJEK.MISI7 telah terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Sabah bermula tahun 2018. Fokus yang diberikan adalah membantu persekolahan murid-murid asnaf di SK Sikuati, Kudat. Pada masa yang sama, kami mengadakan program lawatan ke rumah-rumah penerima manfaat, yang dibantu pada setiap tahun. Hasil daripada lawatan tersebutlah kami mendapati pelaksanaan projek ini adalah satu keperluan terutamanya…