
PENGENALAN:
Program Kembara Amal Sukarelawan #MISI7InSabah26 dilaksanakan bagi menyantuni keluarga asnaf yang melibatkan anak-anak mereka yang bersekolah di SK Sikuati di Kudat, Sabah.
Program ini merangkumi serahan sumbangan asas, wang tunai murid, lawatan rumah ke rumah serta pemantauan perkembangan penerima manfaat yang terlibat dalam Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7.
Melalui usaha ini, bantuan yang disalurkan bukan sekadar meringankan beban keluarga, tetapi turut menjadi sokongan berterusan agar murid-murid asnaf ini dapat kekal bersekolah dan tidak tercicir daripada pendidikan.
TENTANG PENERIMA MANFAAT:
Penerima manfaat dana ini ialah keluarga asnaf yang mana anak-anak mereka bersekolah di SK Sikuati, Kudat dan terpilih untuk diserapkan ke Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7. Menerusi program tersebut, para murid akan dibiayai yuran dan keperluan asas persekolahan mereka sepanjang tahun oleh penderma pertubuhan ini.
Kriteria utama pemilihan penerima manfaat bantuan ini adalah pelajar asnaf fakir miskin, yatim dan piatu. Sebahagian daripada murid ini tiada dokumen diri kerana tidak didaftarkan kelahiran oleh ibu bapa mereka. Isu murid warganegara yang tiada dokumen kelahiran bukan lagi isu yang baru di Sabah.
MISI7 telah terlibat membantu golongan asnaf di Kudat, Sabah sejak tahun 2018.
BUTIRAN PROGRAM:
Menerusi program ini, kami akan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah penerima manfaat untuk melakukan serahan sumbangan sambil mengemaskini maklumat perkembangan dan penilaian keperluan semasa mereka untuk tindakan susulan.

Kami juga akan melakukan penilaian kepada 11 murid yang terlibat dalam Kelas Bimbingan 3M yang dilaksanakan bermula pada bulan April yang lalu untuk menilai impak keberkesanan kelas tersebut.
SENARAI KEPERLUAN:
Menerusi program ini, kami bercadang untuk memberikan sumbangan kepada penerima manfaat dengan harapan sedikit sebanyak dapatlah mengurangkan bebanan kewangan mereka.
Ke semua barangan yang disenaraikan di bawah akan dibeli oleh kami sendiri setelah tiba di Sabah. Berikut adalah anggaran kos yang diperlukannya;

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN:
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘SABAH26’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.
GAMBAR-GAMBAR PROGRAM TERDAHULU:





