KEMPEN SUMBANGAN DANA PENERIMA MANFAAT DI SIBU, SARAWAK.

PENGENALAN.
Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Sibu merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang beroperasi di Jalan Kaka, Sibu, Sarawak. Madrasah ini memberikan pendidikan berteraskan hafazan al-Quran, pengajian agama dan akademik kepada para pelajarnya.

Bagi meningkatkan mutu pengajaran, pembelajaran dan pengurusan pentadbiran, pihak madrasah memerlukan beberapa peralatan teknologi seperti komputer riba, komputer meja dan mesin pencetak. Namun begitu, kekangan kewangan menyebabkan keperluan tersebut masih belum dapat disediakan sepenuhnya.

Sehubungan itu, Pertubuhan Sukarelawan MISI7 melaksanakan kempen dana ini setelah memperoleh kebenaran bertulis daripada pihak madrasah. Kempen ini bertujuan mengumpulkan dana bagi membeli semua peralatan yang diperlukan dan menyerahkannya secara langsung kepada pihak madrasah.

BUTIRAN PENERIMA MANFAAT.
Madrasah Darul Uloom Islamiyyah mempunyai 5 orang kakitangan yang mendidik seramai 21 orang pelajar lelaki yang umurnya dalam lingkungan 10-20 tahun.

Pada tahun 2026, seramai empat orang pelajar yang telah menamatkan Syahadah hafazan 30 juzuk al-Quran akan menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia. Empat orang lagi dijangka menamatkan pengajian Syahadah pada tahun yang sama sebelum meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.

Kemudahan yang disumbangkan akan digunakan secara bersama untuk menyokong pembelajaran pelajar, penyediaan bahan pengajaran, urusan peperiksaan dan pengurusan pentadbiran madrasah.

Ini adalah program pertama MISI7 bersama penerima manfaat ini.

BUTIRAN PROGRAM.
Kempen pengumpulan dana akan dikendalikan oleh Pertubuhan Sukarelawan MISI7 berdasarkan kebenaran bertulis yang telah diberikan oleh pihak Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Sibu.

Dana yang berjaya dikumpulkan akan digunakan oleh MISI7 untuk membeli sendiri semua peralatan yang disenaraikan. Sumbangan tidak akan diserahkan kepada pihak madrasah dalam bentuk wang tunai. Peralatan yang dibeli akan diperiksa dan diserahkan secara langsung oleh Ahli Jawatankuasa MISI7.

KEPERLUAN SUMBANGAN.
Kemudahan teknologi amat diperlukan untuk membantu pihak madrasah melaksanakan proses pendidikan dan pentadbiran dengan lebih sistematik dan berkesan.

Komputer Riba:
1. Mengakses bahan pembelajaran digital.
2. Menyediakan tugasan dan bahan pengajaran.
3. Mengikuti pembelajaran akademik.
4. Membuat persediaan bagi peperiksaan STM dan SPM.
5. Meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi.

Komputer meja:
1. Menguruskan rekod pelajar.
2. Menyediakan surat dan dokumen rasmi.
3. Menyimpan maklumat madrasah.
4. Menyediakan laporan.
5. Menguruskan program pendidikan.

Mesin pencetak:
1. Mencetak modul dan bahan pembelajaran.
2. Menyediakan kertas latihan dan peperiksaan.
3. Mengimbas serta menyalin dokumen.
4. Mencetak dokumen berwarna.
5. Menguruskan surat-menyurat serta dokumen pentadbiran.

Berikut adalah anggaran kos yang diperlukannya;

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:

Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘SARAWAK26’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

GAMBAR-GAMBAR PENERIMA MANFAAT.

PENUTUP.
Kempen ini merupakan usaha untuk menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih lengkap kepada para pelajar, guru dan pentadbiran Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Sibu.

Sumbangan yang diterima akan diterjemahkan secara langsung kepada peralatan yang memberi manfaat berpanjangan dalam proses pembelajaran, pengajaran dan pengurusan madrasah.

Pertubuhan Sukarelawan MISI7 berharap kempen ini mendapat sokongan daripada individu, organisasi dan pihak korporat bagi mencapai sasaran dana sebanyak RM34,991.00 dua minggu sebelum tarikh penyerahan pada 24 Oktober 2026 untuk kami melakukan persediaan dan pembelian.