
PENGENALAN:
Program Wakaf Baik Pulih Musolah An-Nur merupakan sebuah inisiatif kemasyarakatan dan wakaf komuniti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Sukarelawan MISI7 bagi membantu membaik pulih kemudahan asas ibadah di Musolah An-Nur, Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
Selain itu, program ini juga menjadi medium latihan lapangan kepada sukarelawan dalam aspek pengurusan projek kemanusiaan dan pengurusan dana masyarakat. Program ini turut memberi fokus kepada pelaksanaan kerja baik pulih secara tersusun dan berimpak melalui penglibatan sukarelawan, pihak pengurusan musolah dan kontraktor yang berkaitan.
TENTANG PENERIMA MANFAAT:
Musolah An-Nur terletak di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan menjadi antara pusat ibadah komuniti setempat khususnya bagi penduduk di sekitar kawasan Batu 22. Musolah ini mampu menampung sekitar 40 hingga 60 orang jemaah dalam satu-satu masa dan menerima kehadiran jemaah yang lebih ramai khususnya pada bulan Ramadan.
Musolah ini telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Namun demikian, statusnya dikategorikan sebagai “Musollah” kerana tidak mempunyai pentadbiran formal seperti surau biasa yang mempunyai mesyuarat dan Ahli Jawatankuasa tetap yang lengkap.
MISI7 telah melakukan kerjasama dalam kerja baik pulih musolah ini sejak tahun 2020. Berikut dikongsikan rekod kerja-kerja baik pulih yang telah dilaksanakan untuk Musolah An-Nur ini:

BUTIRAN PROGRAM:
Pada 2 Mei 2026 yang lalu, kami telah melakukan lawatan tapak untuk taklimat program kepada sukarelawan dan pihak musolah. Pada lawatan ini juga kami melakukan penilaian serta penerangan sebutharga kepada 7 wakil kontraktor bumiputera. Berikut adalah bahagian baik pulih yang dicadangkan oleh pihak musolah:





ANGGARAN KOS:
Berikut adalah anggaran kos baik pulih yang disusun mengikut fasa turutan keutamaan bagi pelaksanaan baik pulih yang akan dilakukan:


LAMPIRAN SURAT KERJASAMA:

PENUTUP:
Program Baik Pulih Musolah An-Nur bukan sekadar usaha membaiki struktur fizikal sebuah musolah, tetapi merupakan usaha memperkukuhkan fungsi pusat ibadah komuniti yang telah lama memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk badan korporat, komuniti dan individu, program ini diyakini mampu dilaksanakan secara tersusun, telus dan berimpak tinggi demi memastikan Musolah An-Nur terus dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 amat mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama daripada semua pihak bagi bersama menjayakan usaha kebajikan dan wakaf komuniti ini.
Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN:
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘BPS SELANGOR’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.
