
TAWARAN KERJASAMA KELAS 3M.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 membuka peluang kerjasama kepada pihak sekolah rendah, madrasah dan komuniti yang berminat untuk melaksanakan Kelas Bimbingan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) bagi pelajar yang belum dapat menguasai kemahiran tersebut.
Program ini merupakan inisiatif pendidikan komuniti yang bertujuan membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran asas pembelajaran melalui bimbingan berstruktur oleh sukarelawan MISI7.
MAKLUMAT PROGRAM.
Sasaran: Pelajar yang lemah dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Jumlah Pelajar: 20 orang.
Tempoh Pelaksanaan: 6 bulan
Kekerapan: 2 kali sebulan
Hari Pelaksanaan: Sabtu minggu ke-2 dan minggu ke-4
Kaedah: Bimbingan kumpulan kecil (± 5 pelajar : 1 sukarelawan)
SKOP PELAKSANAAN.
Melalui kerjasama ini, pihak MISI7 akan:
1. Menyediakan sukarelawan untuk menjalankan kelas bimbingan.
2. Melaksanakan saringan awal bagi mengenal pasti tahap pelajar.
3. Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil mengikut tahap.
4. Menyediakan bahan pembelajaran asas.
5. Menjalankan sesi bimbingan secara berkala sepanjang tempoh program.
KOS PROGRAM.
Program ini tidak melibatkan sebarang bayaran daripada pihak sekolah atau madrasah.
Semua kos pelaksanaan termasuk bahan pembelajaran dan pengurusan program akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MISI7 melalui dana sumbangan awam/korporat.
PERANAN PIHAK SEKOLAH / MADRASAH.
Bagi memastikan kelancaran program, pihak sekolah atau madrasah hanya perlu:
1. Mencadangkan pelajar yang sesuai (lemah dalam kemahiran 3M).
2. Menyediakan ruang kelas yang sesuai.
3. Membantu menyelaras kehadiran pelajar.
4. Memberikan kerjasama sepanjang tempoh pelaksanaan program
MATLAMAT PROGRAM.
Program ini bertujuan untuk:
1. Membantu pelajar menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
2. Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran.
3. Mengurangkan keciciran dalam penguasaan asas pendidikan.
4. Mewujudkan sokongan komuniti melalui penglibatan sukarelawan.
REPUTASI PENGENDALIAN.
Buat masa ini kami sedang melaksanakan kerjasama program ini di 2 lokasi iaitu:
1. SK Sikuati, Kudat, Sabah.
2. Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih, Sg Buloh, Selangor.
Kami juga telah menubuhkan jawatankuasa penilaian dari kalangan sukarelawan yang mempunyai latarbelakang sebagai guru sekolah untuk memastikan penggunaan modul yang bersesuaian.
PENYERTAAN & PERMOHONAN.
Pihak sekolah atau madrasah yang berminat untuk menjalin kerjasama boleh menghubungi pihak MISI7 untuk maklumat lanjut dan perbincangan pelaksanaan. Pemilihan lokasi adalah tertakluk kepada kesesuaian dan kapasiti pelaksanaan program.
Kami percaya bahawa penguasaan kemahiran asas 3M merupakan kunci kepada perkembangan pendidikan seseorang pelajar. Melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat dibantu untuk membina asas pembelajaran yang lebih kukuh serta mencapai potensi diri mereka dengan lebih baik.
HUBUNGI KAMI.
Hubungi kami untuk kerjasama / pertanyaan lanjut, menerusi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
.
