
OBJEKTIF PROGRAM:
Membantu meningkatkan penguasaan kemahiran asas 3M dalam kalangan remaja menerusi pendekatan bimbingan berkala yang sistematik, mesra pelajar dan berteraskan semangat kesukarelawanan.
Selain itu, MISI7 juga dalam usaha dalam membentuk komuniti sukarelawan khas bagi program ini untuk jangka masa panjang.
TENTANG PROGRAM.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai program sukarelawan pendidikan bagi membantu murid madrasah yang lemah dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Program ini bertujuan memberikan sokongan pembelajaran secara berkala agar para murid dapat meningkatkan kemahiran asas mereka serta membina keyakinan diri dalam proses pembelajaran. Umur murid ialah diantara 7-15 tahun.
Kami memerlukan seramai yang mungkin sukarelawan yang dapat memberikan komitmen secara tetap atau bergilir-gilir untuk pelaksanaan KELAS 3M ini.
MAKLUMAT PROGRAM.
Lokasi: Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor.
Kekerapan: Setiap hari Sabtu minggu ke-2 & 4.
**perubahan jadual tertakluk pada keadaan semasa.
Masa: 900pagi – 1200 tengahari.
Makan & Minum: Sarapan disediakan.
Pengangkutan: Tidak disediakan.
Yuran: Tiada.
PERANAN SUKARELAWAN.
Sukarelawan akan membantu dalam:
i. Membimbing murid dalam latihan membaca.
ii. Membantu murid dalam latihan menulis.
iii. Mengajar asas pengiraan mudah.
iv. Membantu pelajar memahami latihan yang diberikan.
v. Memberikan sokongan motivasi kepada pelajar
Pendekatan yang digunakan adalah pembelajaran santai, interaktif dan secara kumpulan kecil. Modul dan bimbingan mengajar disediakan pada hari kelas.
IMPAK YANG DIHARAPKAN.
i. Meningkatkan kemahiran asas 3M dalam kalangan murid.
ii. Membina keyakinan diri pelajar dalam pembelajaran.
iii. Mewujudkan sokongan komuniti terhadap pendidikan murid madrasah.
MANFAAT PENYERTAAN.
i. Menerima sijil penyertaan dan cenderahati MISI7 (kehadiran minima 3x)
ii. Berpeluang membimbing pelajar secara bersemuka dalam kumpulan kecil.
iii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
iv. Membentuk sikap sabar dan empati.
v. Melibatkan diri dalam program komuniti berimpak.
vi. Penambahan nilai diri dan portfolio.
SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI?
Program ini terbuka kepada:
1. Warganegara Malaysia sahaja.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Berminat dalam aktiviti kesukarelawanan dan pendidikan.
4. Sabar dan mempunyai minat membantu murid.
5. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa/siswi /guru / individu yang mempunyai pengalaman mengajar.
CARA PENYERTAAN.
Pendaftaran / pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129
.
