KEMPEN SUMBANGAN DANA REHLAH DAKWAH MINORITI MUSLIM DI CHIANG RAI, THAILAND.

OBJEKTIF PROGRAM.
1. Memberikan pendedahan kepada peserta keadaan sebenar dilapangan.

2. Mengeratkan hubungan kasih sayang dan semangat kerjasama dalam kalangan peserta, pemudah cara, dan komuniti setempat menerusi aktiviti bersama.

3. Menyampaikan mesej dan nilai-nilai Islam secara praktikal menerusi pendekatan mesra, berhemah, serta khidmat bakti kepada masyarakat.

4. Membina kemahiran insaniah kepimpinan, ketahanan fizikal, serta mental peserta.

5. Memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta untuk menjadi agen perubahan yang positif dan berani menyebarkan kebaikan dalam kehidupan seharian.

BUTIRAN PENERIMA MANFAAT.
Terletak di bahagian paling utara Thailand, Wilayah Chiang Rai memegang peranan strategik sebagai pintu sempadan yang menghubungkan Thailand dengan dua negara jiran, iaitu Myanmar dan Laos.

Di tengah-tengah kebudayaan majoriti penganut Buddha, golongan Muslim membentuk kelompok minoriti kecil di Chiang Rai. Mengikut anggaran demografi tempatan, populasi Muslim merangkumi sekitar 0.27% hingga 0.8% sahaja daripada keseluruhan penduduk di wilayah ini.

Asal usul komuniti Muslim di sini berkait rapat dengan laluan perdagangan sejarah dari utara. Sebahagian besar penganut Islam di utara Thailand terdiri daripada keturunan Chin Haw, iaitu golongan Muslim Cina yang berhijrah dari Wilayah Yunnan melalui kabilah dagang pada abad ke-19. Selain itu, wujud juga kelompok minoriti Muslim keturunan Asia Selatan seperti Pakistan dan India, serta penganut Islam tempatan yang hidup bersama secara damai.

Yayasan As-Siddiq adalah sebuah rumah kebajikan yang menjaga keperluan pendidikan dan kelangsungan kehidupan murid asnaf. Yayasan ini terletak di Ban Maepao, daerah Phaya Meng Rai di Wilayah Chiang Rai, Thailand. Di yayasan ini, murid menerima pendidikan secara percuma. Pada hari biasa mereka bersekolah di sekolah kerajaan yang berhampiran. Selebihnya mereka menerima pendidikan agama di yayasan.

Latar belakang murid terdiri daripada anak orang bukit (orang asli) Thailand yang tinggal di kawasan utara negara tersebut. Mereka terdiri dari bangsa Akha, Leso, Mong dan Muse. Kebanyakkan mereka diserahkan oleh ibu/bapa dan ahli keluarga terdekat untuk dibesarkan dalam didikan Islam. Usia murid diantara 4-17 tahun.

Dari maklumat terkini yang diperolehi pada September 2026, terdapat 10 orang petugas termasuk mudir, 140 orang murid  yang terdiri daripada 80 orang lelaki dan 60 orang perempuan.

MISI7 mempunyai hubungan kerjasama dengan membantu penerima manfaat ini secara bulanan untuk elaun petugas dan juga berkala menerusi kunjungan yang dilakukan setiap tahun sejak tahun 2016.

BUTIRAN PROGRAM.
Menerusi program ini, kami bersama peserta yang juga sukarelawan akan melakukan berapa tugasan seperti:

1. Aktiviti bersama murid.
2. Penilaian keperluan semasa penerima manfaat.
3. Serahan sumbangan kepada petugas Yayasan As-Siddiq.
4. Membeli dan membungkus Pek Sumbangan Makanan.
5. Menziarahi keluarga murid Yayasan As-Siddiq dikawasan pergunungan berhampiran.
6. Melaksanakan agihan Pek Sumbangan Makanan kepada keluarga yang diziarahi.

KEPERLUAN SUMBANGAN.
Sumbangan ini penting bagi membantu keluarga Muslim minoriti di Chiang Rai, khususnya golongan asnaf dan muallaf, memenuhi keperluan makanan serta meringankan tekanan kehidupan harian.

Pada masa yang sama, bantuan disampaikan melalui rehlah dakwah yang menghimpunkan aktiviti ziarah, penilaian keperluan dan pengukuhan ukhuwah bersama komuniti setempat. Ia bukan sekadar penyerahan sumbangan, tetapi usaha mendampingi saudara seagama, menyuburkan semangat keislaman dan membina hubungan dakwah yang berterusan.

Ke semua barangan yang disenaraikan di bawah akan dibeli oleh kami sendiri setelah tiba di Thailand. Berikut adalah anggaran kos yang diperlukannya;

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:

Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘REHLAH26’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

PENUTUP.
Program ini amat penting dalam usaha melahirkan generasi muslim yang lebih baik pada masa hadapan. Usaha dan sokongan yang berterusan dari semua golongan amatlah penting buat kami untuk meneruskan rantaian dakwah ini

Kami juga mengalu-alukan kehadiran dan penglibatan penderma sekiranya berminat untuk turut serta mengikuti program ini. Klik DI SINI untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya. Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan amanah yang disalurkan untuk dana ini. Jazakumullah khairan khatira