
KERJASAMA PROGRAM BAIK PULIH SURAU MISI7 DIBUKA.
Pertubuhan Sukarelawan MISI7 merancang untuk melaksanakan semula Kerjasama Program Baik Pulih Surau pada tahun ini selepas program ini dijalankan di beberapa negeri sepanjang tempoh 2020 hingga 2022.
Buat masa ini, lokasi pelaksanaan akan melibatkan:
1. Negeri Selangor
2. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Negeri Sabah.
TENTANG PROGRAM.
Program ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembaikan asas dan penambahbaikan kemudahan surau yang memerlukan perhatian, khususnya bagi memastikan ruang ibadah berada dalam keadaan lebih selesa, selamat dan sesuai digunakan oleh jemaah setempat.
Antara kriteria baik pulih yang dipertimbangkan ialah:
i. Mengecat semula bahagian yang telah lusuh.
ii. Menggantikan lantai atau dinding yang reput.
iii. Menggantikan bumbung yang bocor.
iv. Menjalankan pendawaian elektrik baharu.
v. Membaik pulih sistem saliran air / memasang tangki air / tempat wuduk.
vi. Memasang atau membaiki pagar, tingkap, pintu dan lain-lain keperluan berkaitan.
NOTA: Had kos baik pulih yang dibiayai ialah diantara RM3,000 sehingga RM30,000 sahaja.
Proses pelaksanaan program:
i. Penghantaran maklumat surau untuk baik pulih.
ii. Kunjungan wakil MISI7 untuk penilaian dan perbincangan lanjut.
iii. Sesi tandatangan surat kerjasama antara MISI7 dan pengurusan surau.
iv. Proses penyediaan proposal. (1-2 minggu)
v. Proses pengumpulan dana 3-5 bulan.
vi. Pemilihan kontraktor. (2 minggu)
vii. Pelaksanaan kerja-kerja baik pulih.
viii. Pembentangan dan serahan laporan perbelanjaan baik pulih kepada pihak surau.
Pihak MISI7 juga menyeru orang ramai agar membantu menyalurkan maklumat ini kepada pihak surau yang dikenali, khususnya yang benar-benar memerlukan bantuan baik pulih.
HUBUNGI KAMI.
Hubungi kami untuk penghantaran maklumat surau untuk baik pulih / pertanyaan lanjut, menerusi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
.
