KEMPEN SUMBANGAN DANA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DI KUDAT, SABAH.

OBJEKTIF PROGRAM.
Kempen sumbangan dana ini dilaksanakan bagi membiayai keperluan awal persekolahan murid asnaf yang dipilih menerusi Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7

BUTIRAN PENERIMA MANFAAT.
Penerima manfaat merupakan murid di SK Sikuati, Kudat, yang datang daripada keluarga berdepan kesukaran sosioekonomi dan memerlukan sokongan untuk meneruskan persekolahan.

Lima daripada mereka masih belum mempunyai dokumen pengenalan diri walaupun ibu bapa ialah warganegara Malaysia. Kekangan ini mengehadkan akses mereka kepada bantuan dan peluang pembangunan.

Bantuan awal persekolahan ini penting agar setiap murid terus hadir ke sekolah, belajar dengan lebih yakin dan tidak tercicir hanya kerana kesempitan hidup atau isu dokumentasi.

BUTIRAN PROGRAM.
MISI7 telah membantu murid asnaf di Sabah sejak tahun 2018 dan memperkenalkan Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7 pada tahun 2021 di SK Sikuati, Kudat.

Program ini menyokong murid daripada keluarga kurang berkemampuan melalui bantuan keperluan persekolahan, sekali gus membantu meringankan beban keluarga serta meningkatkan motivasi dan kehadiran murid ke sekolah.

Setiap tahun, seramai 20 murid dipilih berdasarkan pencalonan pihak sekolah dan penilaian AJK MISI7. Pemilihan dibuat tanpa mengira agama atau bangsa, dengan keutamaan kepada murid daripada keluarga fakir miskin, anak yatim atau piatu, serta murid yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

MISI7 turut melaksanakan lawatan rumah bagi memahami keadaan sebenar keluarga dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

KEPERLUAN SUMBANGAN.
Berikut adalah anggaran kos yang diperlukannya untuk penajaan tahun 2027.

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

KENAPA HANYA 20 ORANG MURID?
Kuota 20 murid ditetapkan supaya bantuan dapat disalurkan secara fokus dan mencukupi kepada mereka yang paling memerlukan. Pemilihan dibuat melalui pencalonan pihak sekolah serta penilaian AJK MISI7, termasuk lawatan ke rumah bagi memahami keperluan sebenar keluarga.

Pendekatan ini memastikan dana diurus secara amanah, bantuan memberi kesan yang bermakna dan setiap murid dapat dipantau dengan lebih baik. Dengan sokongan penyumbang yang berterusan, MISI7 berhasrat menambah jumlah penerima manfaat pada masa hadapan.

KENAPA MEREKA PERLU DIBANTU?
Bagi keluarga penerima manfaat, keperluan sekolah seperti uniform, kasut, beg dan alat tulis merupakan beban besar.

Bantuan ini melengkapkan keperluan murid, meringankan keluarga dan membolehkan mereka hadir ke sekolah dengan lebih yakin.

SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:

Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘SABAH27’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

PENUTUP.
Kesinambungan Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7 hanya dapat diteruskan melalui dukungan masyarakat, para penyumbang dan rakan korporat yang percaya bahawa pendidikan mampu mengubah perjalanan hidup seorang anak.

Setiap sumbangan yang diamanahkan bukan sekadar menyediakan keperluan awal persekolahan. Ia mengurangkan beban keluarga, mengembalikan keyakinan murid untuk hadir ke sekolah, dan membuka ruang agar mereka terus belajar demi membina masa depan yang lebih baik.

Di bawah, kami kongsikan sebahagian dokumentasi bergambar pelaksanaan pada tahun-tahun terdahulu sebagai bukti amanah dan impak sumbangan yang telah disalurkan.