KEMPEN SUMBANGAN DANA WAKAF TANGKI AIR DI KUDAT, SABAH.

PENGENALAN PROJEK.
MISI7 telah terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Sabah bermula tahun 2018. Fokus yang diberikan adalah membantu persekolahan murid-murid asnaf di SK Sikuati, Kudat.

Pada masa yang sama, kami mengadakan program lawatan ke rumah-rumah penerima manfaat, yang dibantu pada setiap tahun. Hasil daripada lawatan tersebutlah kami mendapati pelaksanaan projek ini adalah satu keperluan terutamanya kepada keluarga asnaf di sana.

TENTANG PROJEK.
Menyumbangkan tangki air wakaf beserta tapak sokongan tangki untuk 30 buah keluarga asnaf di Kudat, Sabah.

ISU DAN KEWAJARAN.
Setiap kali menziarahi rumah-rumah penerima manfaat, kami mendapati mereka tinggal di rumah yang berkeadaan sangat dhoif. Manakala memiiki tangki air bagi setiap rumah di sana sebagai platform simpanan utama. sebenarnya adalah diantara keperluan utama bagi setiap keluarga.

Bagi memahami keadaan sebenar masyarakat yang berdepan masalah bekalan air ini, pada 14 September 2025 yang lalu kami telah turun kelapangan untuk melaksanakan penilaian masyarakat setempat.

Hasil ringkas dari penilaian yang dibuat kami mendapati:
1. Bekalan air paip sering terputus.
2. Tekanan air terlalu rendah.
3. Keperluan semakin mendesak apabila masuk musim kemarau diantara bulan Mac-Mei kerana terdapat rumah yang terputus air berhari-hari lamanya.

Bagi keluarga yang berkemampuan, mereka sediakan tangki bersaiz 400–600 gelen untuk menampung air. Namun, bagi keluarga asnaf yang serba kekurangan, memiliki tangki air tersebut itu hanyalah angan-angan.

Bayangkan, keperluan bagi sebuah keluarga besar pun belum tentu cukup dengan satu tangki 400 gelen. Bagaimana pula dengan mereka yang langsung tidak punya tangki air?

Apa yang jelas, isu bekalan air bukanlah perkara kecil. Ia menyentuh kelangsungan hidup harian setiap keluarga, terutama yang tidak mampu menyediakan tangki air sendiri.

PELAKSANAAN PROJEK.
Kempen pengumpulan dana untuk projek wakaf ini kami mulakan pada awal bulan November 2025. Dengan dana sumbangan awam yang terkumpul kami telah melaksanakan projek ini sebanyak 2 unit tangki air iaitu pada bulan Februari dan bulan Jun 2026.

Hasil pelaksanaan unit pertama dan kedua ini adalah untuk kami melihat kekurangan/kelebihan dari perancangan proposal atas kertas seperti:
1. Mengetahui anggaran kos yang lebih jelas.

2. Mengenalpasti tempoh pelaksanaan maksima iaitu 10 hari/unit.

3. Cadangan 2 tenaga kerja untuk setiap unit mencukupi.

4. Faktor cuaca semasa juga perlu diambil kira dalam proses pelaksanaan ini.

Kami melaksanakan projek ini setiap kali dana seunit tangki beserta platform mencukupi.

Hasil pelaksanaan ini juga, kami telah mengemaskini butiran pelaksanaan dan anggaran kos projek ini seperti berikut:

SPESIFIKASI TAPAK DAN TANGKI AIR.
Berikut adalah gambar dan spesifikasi dari unit yang telah disiapkan:

TENTANG PENERIMA MANAFAAT.
Penerima manfaat projek ini dipilih menerusi penilaian yang dilakukan secara bersasar dari rumah ke rumah di sekitar Pekan Sikuati, Kudat, Sabah. Sebahagian penerima manfaat ini juga adalah dari keluarga murid yang menerima Penajaan Pendidikan Anak MISI7 di SK Sikuati. Berikut adalah kriteria penerima manfaat yang telah dipilih:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pendapatan isi rumah berjumlah RM1,500 ke bawah.
3. Jumlah tanggungan isi rumah 4 orang dan ke atas.
4. Tidak memiliki tangki air.
5. Memiliki saluran paip air yang sah.

Penerima manfaat ini terdiri daripada penduduk kampung:
1. Kampung Korina, Sikuati, Kudat.
2. Kampung Tungkang, Sikuati, Kudat.

Untuk butiran lebih terperinci penerima manfaat bagi proses sumbangan, sila hubungi kami untuk dapatkannya kerana maklumat tersebut tidak boleh kami dedahkan kepada umum.

Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.

SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:

Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi: ‘WAKAF TANGKI’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira.

Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129


NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.

.