
Peluang Terhad Untuk Terlibat Secara Langsung Dalam Projek Kemanusiaan Berimpak.
TENTANG PROGRAM.
MISI7 membuka penyertaan kepada individu yang komited untuk menyertai Program Sukarelawan Baik Pulih Surau. Ini bukan sekadar program sukarelawan biasa kerana peserta akan terlibat secara langsung dalam proses sebenar projek bermula dari penilaian sehingga pelaksanaan baik pulih di lokasi.
Penerima manfaat program ini ialah sebuah surau yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Peserta akan dibawa melawat ke lokasi untuk sesi taklimat program yang akan diadakan pada 2 Mei 2026.
KOMITMEN PENYERTAAN.
1. Tempoh penglibatan: 4 hingga 6 bulan.
2. Penglibatan pada hujung minggu sahaja.
3. Kehadiran sesi perbincangan: maksima 2 kali sebulan.
KRITERIA PENYERTAAN.
1. Berumur 21 hingga 39 tahun.
2. Warganegara Malaysia.
3. Lelaki dan perempuan sahaja.
4. Tiada masalah kesihatan yang kritikal.
5. Mempunyai kenderaan sendiri.
6. Tinggal di kawasan Lembah Klang.
PERANAN SUKARELAWAN.
Peserta akan terlibat dalam beberapa fasa utama:
1. Penilaian keadaan surau di Selangor dan Kuala Lumpur.
2. Penyediaan anggaran kos baik pulih.
3. Penglibatan dalam usaha pengumpulan dana.
4. Pelaksanaan sebahagian kerja baik pulih di lokasi.
Penglibatan terbuka kepada peserta yang berpengalaman dan tidak berpengalaman. Semua proses akan dibimbing oleh AJK penyelaras MISI7 bagi memastikan pelaksanaan yang tersusun dan berkesan.
MAKLUMAT PENTINGPENYERTAAN.
1. Penyertaan adalah percuma tanpa sebarang bayaran dikenakan.
2. Penyertaan terhad kepada 6 orang peserta sahaja.
3. Tarikh tutup permohonan: 25 April 2026.
4. Peserta yang mahu menyertai program ini WAJIB hadir sesi taklimat pada 2 Mei 2026 (200 petang) di Hulu Langat, Selangor.
5. Pertubuhan tidak menyediakan sebarang peruntukan perbelanjaan pengangkutan dan makan minum kepada peserta sepanjang program ini dilaksanakan.
MANFAAT PENYERTAAN.
Selain sijil penyertaan, sukarelawan akan memperoleh:
1. Pengalaman sebenar pengurusan projek kemanusiaan di lapangan.
2. Pendedahan kepada proses penilaian dan pelaksanaan baik pulih.
3. Kemahiran asas dalam perancangan kos dan penyelarasan projek.
4. Penglibatan dalam aktiviti pengumpulan dana secara praktikal.
5. Pengalaman bekerja dalam pasukan sukarelawan berstruktur.
6. Jaringan bersama individu yang mempunyai minat dalam bidang kemanusiaan.
7. Penambahan nilai diri dan portfolio.
CARA PENYERTAAN.
Pendaftaran / pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129
.
