
BANTU REMAJA KUASAI ASAS MEMBACA, MENULIS & MENGIRA.
Tidak semua remaja mampu membaca dengan lancar.
Tidak semua mampu menulis dengan baik.
Tidak semua yakin untuk mengira.
Sebahagian daripada mereka masih bergelut dengan asas dalam diam. Melalui program ini, MISI7 menggerakkan sukarelawan untuk membantu mereka secara berfokus, dalam kumpulan kecil, secara konsisten. Program ini akan bermula pada 9 Mei 2026 dan dilaksanakan sebanyak 2 sesi setiap bulan selama 6 bulan.
Penerima manfaat program ini adalah terdiri daripada pelajar dari Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih yang terletak di Sungai Buloh, Selangor setelah tawaran kerjasama ini disambut baik oleh pihak ma’ahad.
Namun, kelancaran kelas ini memerlukan sokongan daripada para penyumbang.


SUMBANGAN ANDA AKAN DIGUNAKAN UNTUK:
1. MENYEDIAKAN BAHAN PEMBELAJARAN.
Setiap pelajar akan menerima bahan latihan asas membaca, menulis dan mengira bagi membantu mereka belajar secara berperingkat dan lebih tersusun.
2. MENYOKONG KELANCARAN KELAS.
Sarapan disediakan bagi memastikan pelajar dan sukarelawan berada dalam keadaan selesa, fokus dan bersedia sepanjang sesi pembelajaran.
3. MEMASTIKAN KELAS BERJALAN SECARA KONSISTEN.
Setiap pelajar akan menerima bahan latihan asas membaca, menulis dan mengira bagi membantu mereka belajar secara berperingkat dan lebih tersusun.

KENAPA PROGRAM INI PENTING?
Tanpa asas membaca, menulis dan mengira:
I. Pelajar akan terus ketinggalan.
II. Keyakinan diri semakin merosot.
III. Pembelajaran menjadi semakin sukar.
Program ini bukan sekadar kelas tambahan. Ia adalah usaha untuk membina semula asas pembelajaran dan keyakinan diri remaja, agar mereka mampu berdikari dalam pembelajaran dan kehidupan.
KEPENTINGAN SUMBANGAN INI.
1. KEPENTINGAN KEPADA PELAJAR:
Sumbangan yang diberikan memainkan peranan penting dalam membantu pelajar menguasai kemahiran asas pembelajaran yang menjadi asas kepada kehidupan mereka.
Melalui program ini, pelajar akan:
I. Mendapat akses kepada bahan pembelajaran yang sesuai dengan tahap mereka.
II. Menerima bimbingan secara langsung dalam kumpulan kecil.
III. Dibantu untuk memahami asas membaca, menulis dan mengira secara berperingkat.
IV. Membina keyakinan diri dalam pembelajaran.
Bagi pelajar yang lemah asas, sokongan seperti ini sangat kritikal kerana tanpa penguasaan 3M, mereka berisiko untuk terus ketinggalan dalam pelajaran.
2. KEPENTINGAN KEPADA SUKARELAWAN:
Sumbangan juga membantu memastikan sukarelawan dapat melaksanakan peranan mereka dengan lebih teratur dan berkesan.
Melalui sokongan ini:
I. Sukarelawan dapat menjalankan sesi bimbingan dalam keadaan yang lebih selesa dan tersusun.
II. Keperluan asas seperti bahan pembelajaran dan pengurusan kelas dapat disediakan.
III. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan.
Ini membolehkan sukarelawan memberi fokus sepenuhnya kepada tugas utama mereka, iaitu membimbing dan membantu pelajar.
3. KEPENTINGAN KEPADA KELANCARAN PROGRAM:
Sumbangan yang diterima memastikan:
I. Kelas dapat dijalankan secara konsisten sepanjang tempoh program.
II. Tiada gangguan dari segi keperluan asas.
III. Setiap sesi dapat dilaksanakan dengan lebih terancang.
Tanpa sokongan ini, pelaksanaan program akan menjadi terhad dan tidak dapat memberi impak yang optimum kepada pelajar.
BERSAMA KITA BINA ASAS MEREKA.
Setiap sumbangan yang diberikan akan digunakan secara terus untuk membantu pelajar yang memerlukan. Ini bukan sekadar sumbangan. Ini adalah usaha membina masa depan mereka yang kurang bernasib baik.
Klik DI SINI untuk melihat jumlah kutipan dana terkini.
SUMBANGAN.
Tiada jumlah minima bagi sumbangan yang ingin disalurkan untuk dana ini. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah:
Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
Rujukan Transaksi:‘KELAS 3M’
ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah:

Kami mendahulukan ucapan terima kasih kepada penyumbang. Jazakumullah khairan khatira. Butiran lanjut/pertanyaan/resit sumbangan, hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129
NOTA PENTING: Bagi sumbangan menerusi ‘online’, sila nyatakan rujukan transaksi untuk dana ini. Bagi sumbangan menerusi Mesin Deposit Tunai pula, sila whatsapp slip transaksi ke nombor yang tertera diatas atau emailkan kepada sukarelawan.misi7@gmail.com untuk kami rekod dan asingkan dana tersebut kerana akaun pertubuhan juga menguruskan pelbagai kemasukan sumbangan dana yang lain.
.
