PENGENALAN:
Program Lawatan & Aktiviti Sukarelawan MISI7 merupakan inisiatif lapangan yang dirangka bagi mendekati institusi pendidikan Islam seperti madrasah dan tahfiz melalui pendekatan santai, interaktif dan berimpak.
Program ini memberi fokus kepada elemen santunan, motivasi, pembinaan sahsiah serta penglibatan komuniti, dengan penglibatan sukarelawan MISI7 yang komited dalam menyumbang masa, tenaga dan kepakaran.
Pelaksanaan program adalah sepenuhnya dibiayai oleh MISI7 tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada pihak madrasah.
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mewujudkan hubungan strategik antara MISI7 dan institusi pendidikan Islam.
2. Memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada para pelajar melalui aktiviti sukarelawan.
3. Menyuntik semangat motivasi, kepimpinan dan nilai kebersamaan dalam kalangan pelajar.
4. Membina jaringan kerjasama untuk inisiatif kemanusiaan yang lebih luas
SKOP PELAKSANAAN:
Program yang dilaksanakan merangkumi:
1. Sesi lawatan dan santunan bersama pelajar.
2. Aktiviti interaktif dan pembangunan sahsiah.
3. Perkongsian inspirasi dan motivasi sukarelawan.
Tempoh program adalah fleksibel berdasarkan kesesuaian pihak madrasah dan perancangan MISI7.
KRITERIA PENYERTAAN MADRASAH:
Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program, beberapa garis panduan ditetapkan:
1. Terbuka kepada madrasah, tahfiz atau institusi pendidikan Islam.
2. Memberi kerjasama dari segi penyelarasan maklumat, lokasi dan pelajar.
3. Bersedia menerima kehadiran sukarelawan dalam sesi yang telah dipersetujui.
4. Komitmen kepada penyelarasan komunikasi sebelum dan semasa program.
NILAI TAMBAH KERJASAMA JANGKA PANJANG:
Program ini bukan sekadar lawatan dan aktiviti satu hari, tetapi menjadi asas kepada kerjasama berterusan antara MISI7 dan pihak madrasah. Melalui hubungan strategik yang dibina, madrasah berpotensi untuk turut serta dalam pelbagai inisiatif sokongan jangka panjang, antaranya:
1. Program Sumbangan Ramadan & Aidilfitri.
Sokongan keperluan asas dan kebajikan pelajar serta tenaga pengajar dalam bulan Ramadan dan Syawal, bagi memastikan kelangsungan kehidupan dan ibadah yang lebih terjamin.
2. Program Bantuan Awal Persekolahan.
Penyediaan kelengkapan asas pembelajaran kepada pelajar asnaf sebagai usaha meringankan beban kewangan serta memastikan kesinambungan pendidikan.
3. Program Bantuan Baik Pulih Surau.
Penambahbaikan fasiliti ibadah di kawasan madrasah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.
Pendekatan ini mencerminkan komitmen MISI7 dalam membina ekosistem sokongan yang berterusan dan lestari, bukan sekadar bantuan bersifat sementara.
MODEL PELAKSANAAN:
1. Tiada bayaran dikenakan kepada pihak madrasah.
2. Pertemuan dengan pihak madrasah menerusi kunjungan AJK Pelaksana program ini ke madrasah diatur untuk perkenalan dan membincangkan kerjasama ini.
3. Kos pelaksanaan ditanggung sepenuhnya oleh MISI7 menerusi yuran yang dibayar oleh sukarelawan program dan menerusi dana sumbangan awam/korporat yang diusahakan oleh MISI7.
4. Tarikh dan masa program ditentukan melalui perbincangan bersama.
5. Pelaksanaan bergantung kepada kapasiti dan jadual operasi MISI7.
Tentatif Program.
8.30 pagi: Ketibaan Peserta
9.00 pagi: Ucapan Penganjur & Wakil Madrasah.
9.20 pagi: Taklimat Tugasan.
9.30 pagi: Aktiviti bersama pelajar seperti:
Satu Untuk Semua, Semua Untuk Satu.
Susunan Cawan.
Cabaran Kertas Menara.
11.45 pagi: Serahan Hadiah, Cenderahati & Sesi Bergambar
12.00 tengah hari: Program Tamat
**Jenis aktiviti di atas adalah sebagai rujukan. Mungkin akan ada perubahan atas faktor semasa.
KERJASAMA / PERTANYAAN:
Untuk urusan ini, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129
PENUTUP:
MISI7 percaya bahawa setiap langkah kecil di lapangan mampu menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar. Melalui kerjasama ini, diharapkan lebih banyak institusi pendidikan Islam dapat disantuni dan diperkasakan secara berfasa.
Bersama, kita bina impak. Bersama, kita gerakkan kemanusiaan.
KERJASAMA: LAWATAN & AKTIVITI SUKARELAWAN.

