OBJEKTIF PROGRAM:
Untuk membersihkan dan menceriakan kawasan, memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif kepada komuniti setempat.
BUTIRAN PROGRAM.
Tarikh: 26 September 2026
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Lokasi: Musolah An Nur, Jalan Sungai Lui, Kampung Gabai, 43100 Hulu Langat, Selangor.
Google map: https://maps.app.goo.gl/2zsfnamS7kWXhBee6
Yuran Komitmen: RM50.00 / peserta dan akan menerima:
• Sijil penyertaan
• T-shirt program
• Cenderahati rasmi MISI7
• Makan tengahari
**Baki yuran (jika ada) akan disumbangkan kepada Kempen Dana Baik Pulih Musolah An Nur.
Terhad 30 PESERTA sahaja.
KELENGKAPAN PROGRAM.
1. Peserta digalakkan membawa pokok bunga untuk ditanam disekitar Musolah An Nur.
2. Peserta perlu membawa sendiri kelengkapan asas gotong royong iaitu:
i. Sarung tangan
ii. Pelitup muka.
iii. Kain lap.
Lain-lain peralatan disediakan oleh penganjur dan pihak musolah.
3. Pastikan memakai kasut pada program.

TENTATIF PROGRAM.
8.00 pagi: Ketibaan dan pendaftaran kehadiran peserta. (serahan t-shirt program)
8.30 pagi: Ucapan wakil Musolah An-Nur & wakil MISI7.
8.45 pagi: Taklimat dan pembahagian tugasan.
9.00 pagi: Aktiviti gotong-royong bermula. Aktiviti ini melibatkan kawasan luar dan dalam musolla.
11.45 pagi: Serahan Sijil, Cenderahati & Sesi Bergambar
12.00 tengah hari: Makan tengahari.
12.30 tengah hari: Program Tamat
**Perubahan tentatif tertakluk pada faktor semasa.
SYARAT & TERMA PENYERTAAN:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15-69 tahun. Bagi peserta yang berumur 15-18 tahun perlu diiringi oleh penjaga.
2. Tiada masalah kesihatan yang kritikal.
3. Tidak dibenarkan merokok ketika program.
4. Senang bergaul dan berkerjasama dalam sebuah pasukan.
5. Pandai membawa diri.
6. Sentiasa bersedia dengan perubahan/perkara yang tidak dijangka.
7. Wajib menutup aurat bagi muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim.
8. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya:
i. Tarikh program ditunda oleh pertubuhan.
ii. Peserta membatalkan penyertaan namun boleh digantikan dengan peserta lain SELEWATNYA 7 hari sebelum tarikh program.
iii. Peserta tidak hadir pada hari program.
9. Yuran akan dikembalikan sepenuhnya kepada peserta sekiranya MISI7 membatalkan program.
10. Sijil, t-shirt dan cenderahati hanya diberikan kepada peserta yang hadir pada hari program sahaja.
11. MISI7 berhak menggunakan gambar/video dari program ini pada bila-bila masa untuk tujuan mempromosikan program atau yang berkait dengan pertubuhan ini tanpa memaklumkan/izin dari peserta yang ada dalam gambar/video tersebut. Peserta juga tiada hak untuk melarang penggunaan gambar/video tersebut.
12. MISI7 tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan diri kepada peserta ketika menyertai program ini. Peserta harus menjaga diri dari sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu, pengurusan MISI7 akan membantu untuk menghantar ke hospital sekiranya perlu.
13. MISI7 berhak untuk menunda tarikh program tanpa membincangkannya dengan peserta sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.
PENDAFTARAN / PERTANYAAN.
Pendaftaran & pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129

