OBJEKTIF PROGRAM.
Program rekreasi dan amal ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat menerusi aktiviti mendaki sambil menyokong dan meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kebajikan menerusi pertubuhan ini. Sebahagian yuran program ini akan disalurkan untuk Dana Pendidikan Minoriti Muslim di Chiang Rai, Thailand. Klik DI SINI untuk butiran dana.
BUTIRAN PROGRAM.
Tarikh: 17 Oktober 2026
Masa: 7.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi: Gunung Lambak, Kluang, Johor (Ketinggian: 510 mdpl)
Google map: https://maps.app.goo.gl/dKgYEEjycgJoMg9u5
Yuran: RM60.00 / peserta yang akan menerima:
• Sijil penyertaan
• T-shirt program
• Cenderahati rasmi MISI7
• Sarapan
Terhad 30 PESERTA sahaja.
Tarikh Tutup Pendaftaran: 2 Oktober 2026
TENTANG PROGRAM.
TBC

TENTATIF PROGRAM.
7.30 pagi: Semua peserta berkumpul di kaki Gunung Lambak untuk sesi taklimat, regangan & serahan t-shirt program serta cenderahati MISI7.
8.00 pagi: Dijangka memulakan pendakian.
9.30 pagi: Dijangka tiba di puncak Gunung Lambak (510 mdpl). Mengadakan sesi berikut:
Bergambar kenang-kenangan.
Perkongsian tentang penerima manfaat program.
Penyampaian Sijil Penyertaan.
Gambar bekumpulan.
10.30 pagi: Memulakan perjalanan menuruni puncak.
11.35 pagi: Dijangka tiba di kaki Gunung Lambak. Peserta bersurai dan program selesai.
**Perubahan tentatif tertakluk pada faktor semasa.
SYARAT & TERMA PENYERTAAN.
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15-55 tahun. Bagi peserta yang berumur 15-18 tahun perlu diiringi oleh penjaga.
2. Tiada masalah kesihatan yang kritikal.
3. Tidak dibenarkan merokok ketika program.
4. Senang bergaul dan berkerjasama dalam sebuah pasukan.
5. Pandai membawa diri.
6. Sentiasa bersedia dengan perubahan/perkara yang tidak dijangka.
7. Wajib menutup aurat bagi muslim dan berpakaian sopan bagi yang bukan muslim.
8. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya:
i. Tarikh program ditunda oleh pertubuhan.
ii. Peserta membatalkan penyertaan namun boleh digantikan dengan peserta lain SELEWATNYA 7 hari sebelum tarikh program.
iii. Peserta tidak hadir pada hari program.
9. Yuran akan dikembalikan sepenuhnya kepada peserta sekiranya MISI7 membatalkan program.
10. Sijil, t-shirt dan cenderahati hanya diberikan kepada peserta yang hadir pada hari program sahaja.
11. MISI7 berhak menggunakan gambar/video dari program ini pada bila-bila masa untuk tujuan mempromosikan program atau yang berkait dengan pertubuhan ini tanpa memaklumkan/izin dari peserta yang ada dalam gambar/video tersebut. Peserta juga tiada hak untuk melarang penggunaan gambar/video tersebut.
12. MISI7 tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan diri kepada peserta ketika menyertai program ini. Peserta harus menjaga diri dari sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu, pengurusan MISI7 akan membantu untuk menghantar ke hospital sekiranya perlu.
13. MISI7 berhak untuk menunda tarikh program tanpa membincangkannya dengan peserta sekiranya terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan.
PENDAFTARAN/PERTANYAAN.
Pendaftaran & pertanyaan lanjut, sila hubungi AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129

