OBJEKTIF PROGRAM:
1. Mengagihkan daging qurban kepada golongan fakir miskin dan muallaf.
2. Sebagai platform dakwah Islam dikawasan minoriti muslim.
PENERIMA MANFAAT.
Penerima manfaat program qurban kali ini tinggal di Ban Marrak yang terletak di daerah Ban Lung, Wilayah Ratanakiri. Mereka terdiri daripada asnaf fakir dari yang berbangsa Kmer dan Melayu Champa.
Wilayah Ratanakiri ini terletak di bahagian utara Kemboja. Perjalanan ke Wilayah ini dari Phnom Penh mengambil masa kira-kira 10-11 jam.
Walaupun telah melaksanakan program sejak tahun 2018 di Wilayah Ratanakiri, ini adalah kunjungan pertama kali MISI7 untuk penerima manfaat ini.
Berdasarkan Banci Penduduk Kemboja 2019, Muslim membentuk 1.3% golongan minoriti daripada 217,453 penduduk Ratanakiri. Anggaran bilangan Muslim: sekitar 2,800 orang.
BUTIRAN PROGRAM.
Pelaksanaan program qurban ini akan dikendalikan sendiri oleh ahli jawatankuasa dan sukarelawan pertubuhan ini dengan kerjasama penduduk kampung. Kami mensasarkan 3 ekor lembu sahaja untuk program ini.
Berikut adalah butiran program ini:
Tarikh Program: 17 Mei 2027
Tarikh Tutup Pendaftaran: 8 Mei 2027
Harga Bahagian Qurban: RM450/bahagian lembu.
Berikut adalah pecahan dari harga 1 bahagian qurban:
RM370: bahagian qurban
RM80: pengurusan qurban
Kami juga membuka penyertaan untuk pembayaran secara ansuran.
Klik DI SINI untuk melihat laporan Program Qurban pertubuhan ini yang lalu.
SYARAT & TERMA PENYERTAAN:
1. Tiada had umur bagi penyertaan qurban ini.
2. Untuk peserta yang memilih bayaran secara ansuran, tiada amaun tertentu diharuskan. Ianya mengikut kemampuan peserta.
3. Bayaran baki ansuran harus diselesaikan sebelum atau pada tarikh tutup pendaftaran.
4. Kegagalan peserta membayar baki yuran pada tarikh tutup pendaftaran menyebabkan penyertaan dibatalkan.
5. Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan kecuali pihak penganjur membatalkan program.
PENDAFTARAN/PERTANYAAN.
Sila berhubung dengan AJK yang bertugas menerusi whatsapp http://www.wasap.my/601129962129
ANDA BERMINAT UNTUK SERTAI KAMI MELAKSANAKAN PROGRAM QURBAN INI?
Sila KLIK poster dibawah untuk butiran lanjut.


