DANA ANAK MISI7.

OBJEKTIF:
Kempen dana ini dibuka untuk membiayai kos pendidikan murid asnaf yang dipilih menerusi Program Penajaan Pendidikan Anak MISI7 terutamanya bagi Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2026.

TENTANG PROGRAM:
MISI7 mula membantu murid asnaf di Sabah pada tahun 2018. Manakala program penajaan pendidikan ini dimulakan pada tahun 2021 untuk murid yang terpilih di sana.

Program ini telah menjadi antara inisiatif paling bermakna buat murid-murid asnaf di Sekolah Kebangsaan Sikuati di Kudat, Sabah. Sejak mula dilaksanakan, program ini telah membantu ramai murid dari keluarga susah meneruskan pendidikan mereka dengan lebih semangat dan berkeyakinan.

Impaknya, dapat lihat perubahan positif, bukan sahaja dari segi kehadiran ke sekolah, tetapi juga dari segi pencapaian akademik mereka.

Murid yang dipilih adalah mereka yang dicadangkan oleh pengurusan sekolah dan telah melalui proses penilaian yang dilakukan oleh AJK MISI7 sendiri tanpa mengira agama dan bangsa. Kriteria pemilihan adalah seperti berikut:
1. Fakir miskin
2. Anak yatim/piatu
3. Tiada dokumen diri

Bagi tahun 2026, program ini diteruskan dengan beberapa penambahbaikan penting iaitu:
1. Jika sebelum ini hanya seorang anak dari setiap keluarga boleh ditaja, kini kami membuka peluang kepada dua orang anak bagi keluarga yang benar-benar memerlukan.

2. Fokus penilaian prestasi murid kali ini diberikan secara lebih menyeluruh kepada pemantauan akademik pelajar, khususnya dalam kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira.

Namun, kuota 20 orang murid sahaja yang akan ditaja dikekalkan kerana kekangan dana oleh pertubuhan.

Perubahan tersebut dilaksanakan selepas lawatan lapangan yang dijalankan pada September 2025, di mana kami sendiri bersama beberapa sukarelawan menyantuni ke rumah mereka dan menyaksikan kesusahan hidup beberapa keluarga asnaf yang memerlukan perhatian lebih.

Kami mahu memastikan setiap anak asnaf ini bukan sahaja hadir ke sekolah, tetapi benar-benar mampu menguasai asas pembelajaran yang akan menentukan masa depan mereka.

TENTANG PENERIMA:
Murid penerima manfaat dana ini bersekolah di SK Sikuati, Kudat. Terdapat 4 murid yang tiada dokumen diri kerana tidak didaftarkan kelahiran oleh ibu bapa mereka yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

Isu pelajar warganegara yang tiada dokumen kelahiran bukan lagi isu yang baru di Sabah. Permasalahan ini sebenarnya berada dalam skala yang terlalu besar.

PELAKSANAAN PROGRAM:
Segala urusan pembayaran dan pembelian keperluan persekolahan penerima manfaat ianya diuruskan sendiri oleh AJK MISI7.

Kami memantau perkembangan semasa murid dengan melakukan lawatan sekurang-kurangnya 2 kali setiap tahun untuk bertemu dengan penerima manfaat dan pihak sekolah. Pihak sekolah juga akan berkongsi laporan prestasi pelajar apabila selesai semester persekolahan. Laporan tersebut penting untuk kami mengukur sejauh mana impak bantuan ini.

Berikut adalah pelan pelaksanaan kelas tambahan penerima manfaat dana ini:

JUMLAH MURID YANG TERLIBAT:
> Terdiri dari penerima manfaat yang belum menguasai 3M.
> Sebanyak 11 orang daripada 20 orang penerima manfaat yang belum menguasai kemahiran asas 3M.

    ELAUN PENGAJAR:
    RM 50/sesi 1 subjek sebanyak 4 kali sebulan/ subjek bersamaan:
    RM 200 untuk subjek BM
    RM 200 untuk subjek Matematik

      CADANGAN BULAN PELAKSANAAN:

      Selepas cuti hari raya Aidilfitri iaitu pada minggu keempat Bulan Mac 2026.

      Keperluan lain yang perlu ditambah mengikut guru tuisyen:

      • RM 20/pax untuk 1 subjek untuk membeli modul dan keperluan lain seperti alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar (lembaran kerja, nota dan lain-lain).
      • Pembelian ini adalah untuk keperluan one-off.

      Bersamaan:

      RM 20 X 11 orang (Subjek BM)

      RM 20 X 11 orang (Subjek Matematik)

      BUTIRAN DANA:
      Berikut adalah anggaran kos yang diperlukannya untuk penajaan tahun 2026:

      PENUTUP:
      Sokongan berterusan daripada masyarakat, para penyumbang, dan pihak korporat amat penting untuk memastikan kesinambungan program ini terus berjalan dengan baik.

      Setiap sumbangan yang diberikan telah memberi makna besar dalam kehidupan murid-murid ini, mereka kini mempunyai harapan baharu untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan.

      Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah bersama kami dalam melaksanakan usaha ini sejak 2021 hingga kini.

      Semoga setiap sumbangan, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan di sisi Allah SWT. Jazakumullah khairan khatira.

      Bagi dana ini, tiada jumlah minima bagi sumbangan ingin disalurkan. Kami menerima segala jumlah sumbangan seikhlas hati. Untuk sumbangan, salurkan ke butiran akaun di bawah.


      Nama Akaun: Pertubuhan Sukarelawan MISI7
      Nombor Akaun: 26205400057810 (RHB)
      Rujukan Transaksi: ‘ANAK MISI7’

      ataupun menggunakan QR akaun pertubuhan ini yang tertera di bawah: