
OBJEKTIF PROGRAM.
Program rekreasi dan amal ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat menerusi aktiviti mendaki sambil menyokong dan meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif kebajikan menerusi pertubuhan ini. Sebahagian yuran program ini akan disalurkan untuk Dana Pendidikan Minoriti Muslim di Chiang Rai, Thailand. Klik DI SINI untuk butiran dana.
BUTIRAN PROGRAM.
Tarikh: 17 Oktober 2026
Masa: 7.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi: Gunung Lambak, Kluang, Johor (Ketinggian: 510 mdpl)
Google map: https://maps.app.goo.gl/dKgYEEjycgJoMg9u5
Yuran: RM60.00 / peserta yang akan menerima:
• Sijil penyertaan
• T-shirt program
• Cenderahati rasmi MISI7
• Sarapan
Terhad 30 PESERTA sahaja.
Tarikh Tutup Pendaftaran: 2 Oktober 2026
PANDUAN ASAS PROGRAM.
Gunung Lambak merupakan lokasi yang sesuai untuk peserta yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian. Laluan pendakian ini secara amnya sesuai untuk peserta amatur dan pemula. Walaubagaimanapun, peserta hendaklah sentiasa mengikut arahan urusetia serta menyesuaikan rentak pendakian mengikut tahap kecergasan masing-masing.
Setiap peserta hendaklah mempunyai tahap kecergasan fizikal dan mental yang baik bagi
memastikan aktiviti pendakian dapat dilaksanakan dengan lancar. Tahap kecergasan yang
bersesuaian juga penting bagi membantu mengurangkan risiko kecederaan, keletihan dan
kepenatan melampau sepanjang aktiviti.
Peserta yang mempunyai masalah kesihatan kronik adalah dinasihatkan untuk tidak menyertai program ini. Setiap peserta juga bertanggungjawab untuk memastikan keadaan kesihatan dan kecergasan diri berada pada tahap yang sesuai sebelum menyertai aktiviti pendakian.
Peserta hendaklah memakai pakaian sukan yang bersesuaian, selesa dan menutup aurat serta tidak terlalu ketat. Peserta digalakkan memakai pakaian berwarna terang bagi meningkatkan keterlihatan sepanjang aktiviti.
Kasut hiking, kasut trail atau kasut getah yang bersesuaian dan mempunyai cengkaman yang baik adalah digalakkan bagi memberikan keselesaan serta membantu mengurangkan risiko tergelincir semasa pendakian.
Peserta juga boleh membawa peralatan tambahan seperti hiking pole sekiranya diperlukan
mengikut keselesaan dan keperluan masing-masing.
Setiap peserta hendaklah membawa bekalan air minuman yang mencukupi sepanjang aktiviti. Peserta turut digalakkan menyediakan electrolyte, energy bar atau Himalayan salt sebagai bekalan tambahan bagi membantu mengekalkan hidrasi dan tenaga serta mengurangkan risiko dehidrasi dan kekejangan otot.
Tempoh keseluruhan pendakian pergi dan turun dianggarkan sekitar 4 hingga 5 jam, termasuk masa rehat dan bergantung kepada tahap kecergasan serta kemampuan fizikal setiap peserta.
Peserta dinasihatkan supaya tidak memaksa diri dan sentiasa menyesuaikan rentak pendakian mengikut kemampuan masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan sepanjang aktiviti.
Pelaksanaan aktiviti pendakian adalah tertakluk kepada keadaan cuaca dan faktor keselamatan semasa. Sekiranya berlaku hujan yang terlalu lebat secara berterusan atau keadaan cuaca didapati berisiko kepada keselamatan peserta, pihak penganjur berhak menunda atau membatalkan program ini.
Sebarang keputusan berkaitan penerusan, penangguhan atau pembatalan aktiviti akan dibuat
berdasarkan keadaan semasa dan mengambil kira faktor keselamatan peserta sebagai keutamaan.
